NAMA JABATAN

UNIT PENYELIAAN HOSPITAL

 

Pengenalan

Unit Penyeliaan Hospital Cyberjaya merangkumi 3 skop entity iaitu Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Personel Mystep. Skop tugasan unit ini dipecahkan di bawah direktorat Perubatan, Pembedahan, Rawatan rapi dan juga Kecemasan dan Trauma. Unit ini juga memberi perkhidmatan secara holistik dari segi menjalankan prosedur-prosedur dan tatacara mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjana pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

Misi:

Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (Clinical Supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota dibawah seliaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Objektif:

Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (Clinical Supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota dibawah seliaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

 

Carta Organisasi

 

-dalam proses jabatan-

 

Perkhidmatan

1. Audit Klinikal (Clinical Supervision) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berterusan:

  • Mematuhi ‟Standard Operating Procedure‟ dan akta Pembantu Perubatan.
  • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti dan tugasan harian.
  • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengaplikasikan senarai kerja yang telah diluluskan mengikut bidang tugas masing-masing.
  • Mematuhi senarai semak dan fail meja yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

2. Pengurusan sumber manusia di bawah seliaan.

  • Urusan keperluan anggota Permohonan Perjawatan Baharu (ABM).
  • Orientasi anggota baru.
  • Urusan penempatan.
  • Urusan pengagihan anggota.
  • Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana - mana yang termaktub / arahan daripada pihak Lembaga Pembantu Perubatan / Kementerian Kesihatan Malaysia. (Contoh Pembaharuan APC – ‟Annual Practising Certificate‟ bagi Penolong Pegawai Perubatan.
  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota di bawah seliaan.

3. Pengurusan Latihan bagi anggota di bawah seliaan.

  • Orientasi anggota baru.
  • Merancang latihan bagi anggota.
  • Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota.
  • Menyediakan laporan latihan yang dihadiri oleh anggota.
  • Mengurus buku log latihan anggota.

 

Piagam Pelanggan

  • Menjalankan Program Orientasi kepada anggota (PPP dan PPK) lantikan baharu dan pindah masuk dalam tempoh 1 minggu sebelum penempatan anggota.
  • Anggota ditempatkan di Jabatan/Unit/Wad mengikut latihan kinikal yang ada dan mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.
  • Menyelaras Latihan Peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan (LPPPK) Tahap 1 dan 2.
  • Menyelaras permohonan pembaharuan tahunan Sijil Perakuan Pendaftaran dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan.

 

Waktu Operasi