NAMA JABATAN

UNIT KESIHATAN AWAM & UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

 

Pengenalan

Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital Cyberjaya ditubuhkan untuk mengendalikan isu kesihatan awam di hospital seperti pengurusan notifikasi penyakit berjangkit, pengurusan kawalan vektor, pemantauan tembakau serta pemantauan kebersihan premis makanan.

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Cyberjaya ditubuhkan seperti yang diarahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat yang bertarikh 11 Julai 2016 berkenaan keperluan untuk mewujudkan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di semua hospital dan fasiliti kesihatan bagi memenuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Memastikan staff dan orang awam yang berada di Hospital Cyberjaya sentiasa berada di persekitaran yang selesa, sihat dan selamat.

Misi:

Melaksanakan aktiviti kesihatan awam di hospital dengan memastikan perkhidmatan yang diberi berkualiti serta menekankan semangat kerjasama dengan penglibatan warga kerja, pesakit dan orang awam

Objektif:

  • Memastikan pengendalian notifikasi semua kes-kes penyakit berjangkit di Hospital Cyberjaya adalah melalui sistem e-notifikasi.
  • Memastikan aktiviti kawalan vektor dilaksanakan di seluruh kawasan persekitaran Hospital Cyberjaya.
  • Memastikan seluruh kawasan persekitaran Hospital Cyberjaya bebas daripada asap rokok melalui penguatkuasaan undang-undang Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
  • Memastikan tahap premis makanan di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan sanitari sepanjang masa.

Carta Organisasi

 

carta organisasi osh

 

Perkhidmatan

  • Aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dalam kawasan hospital.
  • Aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor dalam kawasan hospital. 
  • Aktiviti keselamatan dan kualiti makanan melibatkan premis makanan, perkhidmatan jualan, sajian dan penyediaan makanan dalam kawasan hospital bagi memastikan makanan yang dimasak dan dijual di premis atau makanan yang dimasak di dapur Hospital Cyberjaya atau dapur luar (outsource) adalah bersih dan selamat untuk dimakan dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
  • Aktiviti pemantauan kebersihan dan kesihatan persekitaran di Hospital Cyberjaya dengan kerjasama Unit Kejuruteraan, pihak perkhidmatan sokongan hospital dan PKD Sepang. 
  • Pengurusan aktiviti program survelans yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk notifikasi dan siasatan.
  • Pengurusan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja mengikut keperluan undang-undang dan peraturan semasa yang telah ditetapkan.
  • Pelaksanaan pemeriksaan dan saringan kesihatan di kalangan anggota hospital mengikut keperluan serta mengadakan latihan/bengkel/seminar serta pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan pekerjaan kepada kakitangan hospital

 

Piagam Pelanggan

UKA dan UKKP Hospital Cyberjaya sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawab dan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan profesional kepada semua pelanggan termasuk kakitangan dan orang awam.

Bagi mencapai matlamat tersebut, UKA dan UKKP akan memastikan:

  • Semua kes penyakit berjangkit dinotifikasi tanpa kelengahan.
  • Semua aduan yang berkaitan nyamuk dan LILATI diambil tindakan.
  • Pemeriksaan kafeteria dan dapur dilaksanakan secara berkala bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa berada di tahap optimum.

Keselamatan dan kesihatan kakitangan Hospital Cyberjaya berada di tahap optimum dengan menjalankan secara berkala audit keselamatan tempat kerja dan pemeriksaan kesihatan. 

Waktu Operasi

 Isnin sehingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang) kecuali cuti umum dan hari kelepasan am