NAMA JABATAN

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

 

Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian adalah salah satu jabatan sokongan klinikal di Hospital Cyberjaya yang menjalankan dua perkhidmatan utama dalam membantu perawatan pesakit. Perkhidmatan tersebut adalah perkhidmatan dietetik klinikal dan perkhidmatan makanan. Perkhidmatan dietetik klinikal berperanan menyediakan Medical Nutrition Therapy (MNT) kepada semua pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan, manakala perkhidmatan makanan pula bertanggungjawab memantau keseluruhan operasi perkhidmatan sajian makanan yang dijalankan secara outsource oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan. Pemantauan dijalankan bagi memastikan kelancaran operasi dan pematuhan syarikat kepada spesifikasi kontrak dan garis panduan yang ditetapkan.

Bilangan pengisian jawatan di Jabatan Dietetik dan Sajian sehingga 31 Disember 2023 adalah seramai tujuh (7) orang yang terdiri daripada tiga (3) orang Pegawai Dietetik, satu (1) orang Pegawai Penyediaan Makanan dan tiga (3) orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan. Masih terdapat satu (1) kekosongan bagi jawatan Pegawai Dietetik buat masa ini.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.

Misi:

I. Perkhidmatan Dietetik Klinikal

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan Medical Nutrition Therapy (MNT) yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidence-based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

II. Perkhidmatan Makanan

  • Memberi perkhidmatan makanan yang bersih, selamat dan sihat secara optimum serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti melalui kepakaran menerusi pembelajaran dan penyelidikan yang berterusan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Objektif:

  • Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

 

Carta Organisasi

 

-dalam proses jabatan-

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan Dietetik:

  • Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ‘medical nutrition therapy’
  • Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

Perkhidmatan Sajian:

  • Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak.
  • Ibu menemani anak di Wad Kanak-Kanak, iaitu MAC (mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga umur 2 tahun untuk mereka yang berkelayakan.
  • Doktor bertugas atas panggilan di hospital, doktor dan paramedik yang bertugas di Dewan Bedah yang layak akan dibekalkan diet kelas satu.
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.

 

Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Dietetik

  • Memberikan perkhidmatan dietetik kepada pesakit dalam yang dirujuk dalam tempoh masa 24 jam hari bekerja

Perkhidmatan Makanan Pesakit

  • Memberikan perkhidmatan sajian makanan kepada pesakit dan anggota hospital mengikut pesanan dari wad dan kelayakan yang ditetapkan

Waktu Operasi