NAMA JABATAN

JABATAN FARMASI

 

Pengenalan

Jabatan Farmasi di Hospital Cyberjaya mula beroperasi pada 11 November 2022. Jabatan Farmasi mempunyai kekuatan kakitangan seramai 33 orang Pegawai Farmasi, 16 orang Penolong Pegawai Farmasi, 7 orang anggota Kumpulan Sokongan. Terdapat 8 kaunter pendispensan di Farmasi Pesakit Luar manakala 2 kaunter pendispensan di Farmasi Kecemasan.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Memberikan perkhidmatan farmasi yang berkualiti ke arah kesihatan yang lebih baik.

Misi:

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang berkualiti tinggi dan terbaik melalui:

  1. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.
  2. Mewujudkan perkhidmatan farmasi yang mesra pelanggan.
  3. Memupuk budaya profesional, penyayang, dan kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan farmasi.

Objektif:

  • Mencapai semua KPI yang ditetapkan.
  • Memastikan bekalan ubat yang selamat, berkualiti dan berkesan.
  • Memberikan rawatan farmaseutikal yang terbaik kepada pesakit melalui perkhidmatan farmasi klinikal yang kompeten.
  • Memastikan perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan bukan ubat kepada hospital diurus dengan integriti, cekap dan telus.
  • Memastikan pendidikan dan latihan yang berterusan untuk kakitangan disediakan di samping memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik.
  • Memastikan penglibatan jabatan farmasi dalam penyelidikan dan pembangunan bersepadu di samping menyediakan perkhidmatan farmasi yang berkualiti tinggi.

 

Carta Organisasi

 

-Dalam proses jabatan-

 


Perkhidmatan

  • Farmasi kecemasan secara 24 jam.
  • Perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan bukan ubat.
  • Pendispensan ubat-ubatan bagi pesakit luar dan pesakit dalam.
  • Kaunseling ubat-ubatan secara am dan spesifik kepada pesakit
  • Penyediaan ubat-ubatan steril dan bukan steril.
  • Pemberian maklumat ubat-ubatan kepada pesakit dan staf.
  • Perkhidmatan farmakokinetik klinikal kepada pesakit.
  • Perkhidmatan farmasi klinikal di wad.

 

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  2. Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam semasa waktu pejabat.
  3. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  4. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

 

Waktu Operasi

  • Farmasi Pesakit Luar                                      8.00 am - 5.00 pm
  • Farmasi Kecemasan                                                24 jam
  • Farmasi Pesakit Dalam                                   8.00 am - 5.00 pm
  • Farmasi Pengeluaran                                      8.00 am - 5.00 pm
  • Pusat Sumber dan Maklumat Ubat (PRIC)    8.00 am - 5.00 pm
  • Farmasi Logistik                                              8.00 am - 5.00 pm
  • Farmasi Klinikal                                               8.00 am - 5.00 pm