NAMA JABATAN

JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI

 

Pengenalan

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi mula beroperasi pada 11hb November 2022. Pada fasa awal pengoperasian hospital, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi mengendalikan kes-kes stabil dan berisiko rendah.  Dewan Bersalin Hospital Cyberjaya dibuka pada 13hb Februari 2023, dan kelahiran berisiko rendah mula dikendalikan di Dewan Bersalin.  Namun, dengan pembukaan Dewan Bedah secara 24 jam pada bulan Julai 2023 jabatan ini telah menyaksikan peningkatan mendadak dalam kemasukan pesakit dan jumlah kelahiran.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadi peneraju perkhidmatan obstetrik dan ginekologi dengan menyediakan perawatan yang efektif, selamat dan terkini.

Misi:

Memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan anak yang holistik, berkualiti, berdasarkan nila-nilai murni di samping mengikut perkembangan semasa.

Objektif:

Menyediakan perkhidmatan rawatan Obstetrik dan Ginekologi termasuk subkepakaran bagi memastikan kejayaan kelahiran bayi dan keselamatan ibu – ibu bersalin, khususnya kes –kes obstetrik yang berisiko tinggi dan memulihkan pesakit – pesakit yang mengalami masalah sakit puan (ginekologi) bagi mencapai tahap kesihatan selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan dengan mengambilkira keperluan gender.

 

Carta Organisasi

 

-dalam proses jabatan-

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Obstetrik & Ginekologi termasuk:

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut:

  1. Perkhidmatan Pesakit Luar
  2. Klinik antenatal (baru dan susulan)
  3. Klinik ginekologi (baru dan susulan)
  4. Klinik perancang keluarga
  5. Klinik pra kehamilan
  6. “Combined clinic”
  7. Prosedur Harian seperti kolposkopi dan histeroskopi
  8. Pengendalian kes-kes kecemasan di PAC dan EPAU
  9. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  10. Wad 5A: wad ginekologi dan postnatal
  11. Wad 5B: wad antenatal
  12. Pembedahan elektif obstetrik dan ginekologi
  13. Pembedahan kecemasan obstetrik dan ginekologi

 

Piagam Pelanggan

 

  1. Pendaftaran dalam masa 15 minit.
  2. Dalam kes-kes kecemasan pesakit akan dilihat oleh doktor dengan segera.
  3. Dalam kes-kes akut (acute) pesakit akan dilihat oleh doktor dalam masa 15 – 30 minit.
  4. Kes-kes lain pesakit akan dilihat oleh doktor dalam masa 5 jam.
  5. Pesakit akan dilihat oleh doktor Pakar Obstetrik dan Ginekologi dalam masa 24 jam.

 

Waktu Operasi

 

Klinik Pakar:-

Setiap hari KECUALI Sabtu & Ahad, Cuti Umum

8.00 pagi – 1.00 tengah hari

2.00 petang – 5.00 petang