NAMA JABATAN JABATAN REHABILITASI
|
Pengenalan Jabatan Rehabilitasi terdiri daripada tiga (3) unit, iaitu Unit Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Carakerja. Unit Fisioterapi telah memulakan perkhidmatan pada bulan Disember 2022, manakala Unit Terapi Carakerja bermula pada Januari 2023. Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi dimulakan pada Jun 2023 dengan lawatan pakar pada awalnya sehingga penempatan pakar perubatan rehabilitasi pada bulan Oktober 2023. Perkhidmatan Fisioterapi Hospital Cyberjaya telah beroperasi secara rasmi pada 3 Januari 2023. Perkhidmatan ini memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive dan preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi / Jurupulih Perubatan Fisioterapi berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara curative dan rehabilitative, prosedur yang digunapakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan. Unit Terapi Cara Kerja menawarkan perkhidmatan kepada pesakit dalam dan luar yang bertujuanmemaksimakan tahap kefungsian dalam aktiviti kehidupan seharian, pekerjaan, persekolahan dan riadah. Pendekatan aktiviti adalah melalui pelbagai jenisintervensi rawatan seperti latihan pengurusan diri, simulasi pekerjaan, simulasi persekolahan, perkembangan kanak – kanak, pengurusan dan penglibatan sosial, teknik relaksasi, kefungsian anggota dan lain–lain. Jabatan Rehabilitasi ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang komprehensif dan bersepadu mengikut keperluan pelanggan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima. Disamping itu juga menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang meliputi diagnostik, teraputik dan pencegahan kepada pelanggan sama ada pesakit luar mahu pun pesakit yang menerima rawatan dalaman dengan mengamalkan penggunaan teknologi yang sepadan dan memperkayakan sikap budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
Visi, Misi & Objektif Visi: Mewujudkan sebuah pusat perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang cemerlang dan mesra pelanggan Misi:
Objektif:
|
Carta Organisasi -dalam proses jabatan-
|
Perkhidmatan
|
Piagam Pelanggan
|
Waktu Operasi
Klinik Pakar Setiap hari KECUALI Sabtu & Ahad & Cuti Umum |