NAMA JABATAN JABATAN RADIOLOGI
|
Pengenalan Jabatan Radiologi Hospital Cyberjaya merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan berpakar. Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan Pengimejan Diagnostik kepada pesakit luar dan pesakit dalam Hospital Cyberjaya. Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan seperti Radiografi Am dan Radiografi mudah alih, Fluoroskopi, Ultrasound, CT scan, Mammografi, perkhidmatan II (image intensifier) di dewan bedah dan Pengimejan Pergigian (OPG). Selain itu, Jabatan Radiologi Hospital Cyberjaya telah berkongsi gunasama peralatan iaitu dengan Hospital Putrajaya, Hospital Kajang dan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) untuk pemeriksaan Fluroskopi manakala telah membenarkan Hospital Tuanku Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk menggunakan mesin mammografi bagi pesakit dari HTAN pada setiap Hari Khamis dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Melalui kerjasama ini, Jabatan Radiologi Hospital Cyberjaya juga telah mendapat slot khas untuk pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk pesakit dari Hospital Cyberjaya pada setiap Hari Khamis dari jam 2 petang hingga 4.30 petang. Jabatan Radiologi terletak di Aras 1, berdekatan dengan Unit Keselamatan dan Lobi Utama. Jabatan Radiologi beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang untuk perkhidmatan seperti temujanji, Mammografi, dan Ultrasound, Orthopantomography (OPG) dan juga Digitizer. Jabatan Radiologi juga menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi kes Radiografi Am, Radiografi Mudah alih dan CT Scan. Dalam usaha memastikan Perkhidmatan Radiologi berada ditahap optimum dan kebolehan membantu jabatan – jabatan lain, perkhidmatan diberikan dengan kadar segera mengikut ketetapan yang telah dipesetujui. Selain itu, Jabatan Radiologi Hospital Cyberjaya juga bertanggungjawab memberi perkhidmatan pengimejan kepada klinik – klinik kesihatan di bawah seliaan.
|
Visi, Misi & Objektif Visi: Menyediakan Perkhidmatan Radiologi berkualiti dengan penggunaan teknologi terkini oleh anggota yang komited dan profesional. Misi:
Objektif:
|
Carta Organisasi -dalam proses jabatan-
|
Perkhidmatan Jabatan Radiologi Hospital Cyberjaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pengimejan bagi membantu melancarkan proses perubatan lanjutan bagi keperluan pesakit. Antara skop perkhidmatan yang dijalankan di Jabatan Radiologi adalah seperti berikut: 1. Radiografi Am24 jam/ Setiap hari Jabatan Radiologi, Semua wad, Klinik pakar, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Klinik di bawah seliaan
2.Radiografi Mudah alih24 jam/ Setiap hari Jabatan Radiologi, Semua wad, Jabatan Kecemasan dan Trauma
3. Ultrasound24 jam/ Setiap hari Jabatan Radiologi, Seluruh hospital
4. CT Scan24 jam/ Setiap hari Jabatan Radiologi, Seluruh hospital
5. MammografiIsnin dan Rabu Jabatan Radiologi, Seluruh hospital dan klinik kesihatan dibawah seliaan
6. Perkhidmatan Dewan Bedah24 jam/ Setiap hari Jabatan Radiologi, Jabatan Orthopedik
7. FluoroskopiSelasa dan Khamis Jabatan Radiologi, Seluruh hospital
8. MRIKhamis Jabatan Radiologi, Seluruh hospital
9. Radiografi DentalSetiap hari Jabatan Radiologi, Seluruh hospital
|
Piagam Pelanggan
|
Waktu Operasi Setiap Hari 24 Jam |