NAMA JABATAN

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

 

Pengenalan

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Cyberjaya merupakan jabatan yang menyediakan perkhidmatan perawatan kecemasan dan trauma untuk pelanggan sekitar Cyberjaya dan kawasan berhampiran.

Jabatan ini beroperasi 24/7 dan bertanggungjawab memberikan perawatan kecemasan untuk pesakit-pesakit kritikal, separa kritikal dan bukan kritikal sama ada rujukan dari klinik-klinik kesihatan, fasiliti kesihatan swasta atau hadir sendiri.

Jabatan Kecemasan & Trauma juga menyediakan perkhidmatan Perawatan Pra-Hospital (PHC) dan pusat respons ambulan 999 di bawah Medical Emergency Coordinating Center (MECC) Putrajaya. PHC merangkumi perkhidmatan pemindahan inter-fasiliti iaitu rujukan klinik kesihatan ke hospital serta rujukan kes daripada Hospital Cyberjaya ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur bagi perkhidmatan yang tidak disediakan di Hospital Cyberjaya.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Cyberjaya menjadi salah satu pusat yang memberikan perkhidmatan cekap, selamat berkualiti dan efisien.

Misi:

  • Menjadikan Jabatan Kecemasan & Trauma sebagai tempat yang selamat dalam memberikan rawatan perubatan kecemasan kepada pesakit.
  • Menyediakan pengurusan masa perawatan kecemasan dalam tempoh yang segera, berpatutan.
  • Menyediakan perancangan yang tepat kepada pesakit dengan mendapatkan kerjasama khidmat nasihat dari unit atau disiplin yang lain.
  • Mementingkan keselesaan dan kesihatan pesakit dengan mengambil kira faktor holisitik melibatkan aspek sensitiviti budaya, kaum, agama dan sosio-ekonomi.
  • Menyediakan perkhidmatan klinikal, perkhidmatan social dan perkhidmatan pembelajaran berterusan.
  • Bekerjasama dengan komuniti tempatan, kebangsaan, sektor swasta dan bantuan penyelamat yang lain apabila diperlukan khususnya ketika menghadapi tempoh bencana.

Objektif:

  • Memberi perawatan kecemasan bersepadu dan berterusan bermula dari perkhidmatan pra hospital sehingga ke peringkat hospital.
  • Memberi perkhidmatan kecemasan yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit atau pekanggan melalui kerja berpasukan.
  • Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur perawatan dan cadangan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  • Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memperkasakan mutu perkhidmatan secara berterusan.

 

Carta Organisasi

 

 


Perkhidmatan

1.  Perkhidmatan perawatan pra hospital dan perkhidmatan panggilan ambulans

  • Perawatan melibatkan resusitasi, stabilisasi di temnpat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital Cyberjaya.

 

2.  Perkhidmatan Perawatan Kecemasan

  • Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan.
  • Pesakit disaring mengikut tiga (3) kategori perawatan iaitu Zon Hijau, Zon Kuning dan Zon Merah berdasarkan ‘Malaysian Triage Category’.
  • Pesakit akan ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat yang tepat dan sesuai.
  • Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah:
  1. Resusitasi dan stabilisasi pesakit
  2. Diagnosis dan prosedur intervensi
  3. Perawatan definitive
  4. Perawatan asma
  5. Wad pemerhatian
  6. Pembedahan Kecemasan (Dewan Bedah Trauma)

3.  Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC)

  • Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol, penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga.

4.  Pengurusan Bencana

  • Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana sama ada di dalam atau luar kawasan.

5.  Pemeriksaan Medikolegal

  • Menjalankan pemeriksaan medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.

6.  Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (Call Centre)

  • Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulans kecemasan di sekitar kawasan Cyberjaya.

7.  Zon-zon yang disediakan:

     -  Zon Hijau (Zon Tidak Kritikal)

  • Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.
  • Kes-kes yang dirujuk dari Zon Hijau kepada unit lain akan dilihat dalam masa 1 jam.
  • Bagi kes yang perlu dimasukkan ke wad tetapi memerlukan nasihat dari jabatan yang dirujuk, jabatan tersebut perlu memberi respon kurang dari 30 minit selepas rujukan dibuat.  

    -  Zon Kuning (Zon Separa Kritikal)

  • Anggota kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning dalam masa 30 minit.
  • Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun dimasukkan ke wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 30 minit.

     -  Zon Merah (Zon Kritikal)

  • Anggota kecemasan perlu mmberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah (respon dalam masa 0 minit)
  • Masa respon untuk Pegawai Perubatan dari unit lain datang melihat pesakit adalah 15 minit selepas rujukan dibuat.
  • Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut. Pegawai Perubatan Pelatih mahupun Pegawai Perubatan yang baru tidak dibenarkan melihat pesakit di Zon Merah melainkan ada Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan yang senior dalam unit yang sama.
  • Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik. 

 

Piagam Pelanggan

  1. Berusaha memberi perkhidmatan perawatan kecemasan yang optimal.
  1. Kes-kes akan dirawat dan diurus mengikut kompleksiti dan kebolehjangkitan pesakit mengiku tempoh masa berikut:
  • Kes kritikal (*MTS Level ½) = serta merta
  • Kes separa kritikal (MTS Level 1/2/3) ≤ 30 minit
  • Kes tidak kritikal (MTS Level 4/5) ~ 120 minit

*Malaysian Triage Scale (MTS) 2022

 

  1. Merujuk kes-kes berkaitan kepada kepakaran yang berkenaan bagi rawatan lanjutan.
  1. Menjaga kerahsiaan pesakit.

 

Waktu Operasi

 

24 jam setiap hari