NAMA JABATAN
UNIT KEWANGAN & HASIL
|
Pengenalan
Unit Kewangan dan Hasil bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, perakaunan dan kutipan hasil hospital dengan memastikan penggunaan sumber yang efisien dan pematuhan peraturan Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa. Unit ini menjalankan fungsi dalam menguruskan Belanjawan (Bajet) Hospital, Emolumen Kakitangan Awam, Waran Peruntukan, Pembayaran Bil dan Tuntutan, Pengurusan Pinjaman, Kemudahan Perubatan Kakitangan, Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil.
|
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Ke arah perkhidmatan pengurusan kewangan yang cemerlang sebagai komplemen kepada keperluan jabatan serta pihak yang terlibat
Misi:
Unit Kewangan adalah komited untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan yang terbaik dengan meningkatkan keupayaan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan serta akauntabiliti
Objektif:
Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa
|
Carta Organisasi
-dalam proses jabatan-
|
Perkhidmatan
Skop Perkhidmatan Unit Kewangan:
1. Pengurusan Belanjawan & Waran
- Menyedia dan menyelaraskan bajet mengurus dan pembangunan hospital.
- Menyedia dan mengemaskini belanjawan sukuan dan tahunan.
- Mengurus dan mengawal peruntukan agar perbelanjaan dibuat menggunakan peruntukan yang diberikan.
2. Pengurusan Bayaran Emolumen (Gaji)
- Menguruskan hal ehwal bayaran emolumen, elaun, upah, KWSP dan lain-lain potongan gaji kakitangan
- Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.
3. Pengurusan Pembayaran Bil & Tuntutan
- Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem iGFMAS bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.
- Menguruskan penyelenggaraan daftar bil termasuk rekod pembatalan EFT.
- Mengurus dan memproses pembayaran pukal secara bulanan.
4. Pengurusan Kewangan Am & Akaun
- Memantau Prestasi Perbelanjaan dan penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.
- Menguruskan permohonan Pinjaman, Perumahan, Kenderaan dan Komputer serta kemudahan perubatan kepada kakitangan.
- Menyedia laporan-laporan prestasi perbelanjaan dan lain-lain berkaitan kewangan.
Skop Perkhidmatan Unit Hasil:
- Mengurus pengebilan semua jenis terimaan hasil dan bukan hasil
- Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan hasil hospital.
- Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
- Pengurusan Tunggakan Hasil dan Akaun Belum Terima.
|
Piagam Pelanggan
Unit Kewangan berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan:
- Bayaran gaji akan dibuat pada minggu terakhir pada setiap bulan.
- Setiap pembayaran akan diproses dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Pesanan Kerajaan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari permohonan lengkap diterima dari Jabatan.
- Pendaftaran kemasukan pesakit ke wad akan diproses dalam tempoh 3 minit mulai dari pesakit datang ke kaunter.
- Setiap pembayaran bil hospital akan segera dikeluarkan resit.
- Pelupusan rekod kewangan akan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan KKM diterima.
|
Waktu Operasi
|