NAMA JABATAN JABATAN ANESTESIOLOGI & RAWATAN RAPI
|
Pengenalan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Cyberjaya atau lebih dikenali umum sebagai Jabatan Bius merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan anestesia (pembiusan) yang selamat dan penjagaan intensif kepada pesakit dalaman bagi setiap jabatan klinikal di Hospital Cyberjaya. Jabatan ini juga turut bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, paling profesional, berkualiti, adil dan saksama tanpa mengira pangkat dan keturunan kepada pesakit yang memerlukan. Ia juga merangkumi aspek keselesaan paling maksimum kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan atau semasa pesakit menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi “Intensive Care Unit”.
|
Visi, Misi & Objektif Visi: Menjadi pusat rujukan anesthesia untuk pembedahan dan rawatan rapi yang menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang professional, berdedikasi, efisien dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit. Misi: Menyediakan perkhidmatan kualiti terbaik bagi anaestesia, rawatan kritikal, pengurusan kesakitan untuk rakyat dan berintegrasi dengan disiplin klinikal lain secara holistik, berperikemanusiaan dan berpusat kepada pesakit dengan menekankan penjagaan maruah. Objektif:
|
Carta Organisasi
-dalam proses jabatan-
|
Perkhidmatan
|
Piagam Pelanggan
|
Waktu Operasi
Klinik Pakar:- Setiap hari KECUALI Sabtu & Ahad, Cuti Umum 8.00 pagi – 1.00 tengah hari 2.00 petang – 5.00 petang |