- Mengukuhkan koordinasi penyampaian penjagaan perubatan dengan membina rangkaian klinikal yang lebih baik melalui pengoperasian dan perkongsian sumber-sumber dalam HKKV4.
- Meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan “berdekatan dengan rumah” kepada masyarakat tempatan dan kumpulan sasaran.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber melalui peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpusat kepada orang perseorangan (Penjagaan Khusus Perseorangan – Person Centred Care).
- Mengukuhkan dan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam melaksanakan perkhidmatan yang berkualiti melalui peningkatan jaringan dan kesinambungan latihan dan pengajaran di dalam HKKV4.
- Meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja berdasarkan kepakaran masing-masing.
- Mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan mengoptimumkan sumber-sumber di dalam HKKV4 bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan.
- Melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mampan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber sedia ada dan mengelakkan pembaziran.
- Melaksanakan komunikasi strategik dan perkongsian data melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan di dalam HKKV4.