JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK
Jabatan Pergigian Pediatrik adalah salah satu daripada rangkaian jabatan klinikal yang terdapat di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Ia terletak di aras 2 dalam bangunan Pusat Rawatan Wanitan dan Kank-Kanak.
Ia merupakan pusat rujukan dan menerima kes-kes untuk rawatan intensif bagi kes-kes yang dirujuk dari wad-wad, jabatan-jabatan lain di hospital dan klinik-klinik kerajaan dan swasta dari sekitar daerah Hulu Langat. Kes yang dirujuk merupakan kes trauma, pesakit kanak-kanak istemewa serta yang mepunyai masalah perubatan. Sejak ia ditubuhkan pada awal tahun 2012, Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berfungsi sebagai sebuah jabatan yang berdiri sendiri dan sekarang jabatan ini memiliki 25 orang kakitangan tetap.
- Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian pencegahan, kuratif dan rehabilitatif kepada kanak-kanak berumur 16 tahun dan ke bawah. 
- Menyediakan rawatan pergigian secara komprehensifdan penjagaan kesihatan mulut kepada semua kes yang dirujuk, sehingga mencapai tahap "orally-fit"; iaitu bebas daripada gejala dan tanda-tanda penyakit mulut yang aktif. 
- Melibatkan diri di dalam melatih kakitangan kumpulan pengurusan dan sokongan melalui CME, CPD, latihan basik dan pos-basik dan juga latihan secara jarak jauh. 
- Meningkatkan tarah perawatan yang lebih mesra dan prihatin terhadap masalah kesihatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. 
- Menghantar anggota untuk latihan lanjutan, kursus, seminar, dan bengkel dari masa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran bagi memenuhi tenaga profesional yang berkualiti. 
- Melibatkan diri di dalam penyelidikan yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan. 
Kecerdasan tisu lembut oral semasa menjalankan rawatan pergigian ≤ 10% setiap bulan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Rawatan asas pergigian 
- Fluorida Topikal 
- Pengapan Fisur 
- Penskaleran mulut penuh & Penggilapan 
- Pencabuatn gigi desidus, gigi kekal & akar tertinggal 
- Tampalan gigi desidus & gigi kekal 
- Rawatan kanal akar 
- Korona Keluli Tahan Karat (Stainless Steel Crown) 
- Pembentukan gigi palsu 
- Rawatan Trauma Pergigian & Tisu Mulut 
- Interseptif Ortodontik / Habit Breaker 
- Aplians boleh tanggal 
- Alat penyelenggaran ruang 
- Patologi & Perubatan Mulut 
- Bengkak muka 
- Lepuh & Ulser Mulut 
- Keabnormalan tisukeras & tisu lembut pergigian 
- Behaviour Management 
- Rawatan di bawah sedasi Nitrous Oxide 
- Rawatan di bawah Pembedahan Bius Umum 
JADUAL KLINIK / WAKTU OPERASI
| WCC | 
|---|
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 1.00 tengahari | 2.00 petang-5.00 petang | 
| Jumaat | 8.00 pagi - 12.15 tengahari | 2.45 petang-5.00 petang | 
| Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup | Tutup | 
NO TELEFON KLINIK: 03-87518412
 
				
