JABATAN DIETETIK & SAJIAN
Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) merupakan salah satu Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang terdapat di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Kajang yang menyediakan:
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal yang dikendalikan oleh Pegawai Dietetik meliputi pemberian Medical Nutrition Therapy (MNT) kepada pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk. 
- Perkhidmatan Sajian Makanan yang dikendalikan oleh Pegawai dan Penolong Pegawai Penyedian Makanan. 
Perkhidmatan ini juga disediakan di Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (WCC), Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Kajang yang mula beroperasi pada November 2024.
Untuk memastikan perkhidmatan dietetik klinikal dan perkhidmatan sajian makanan yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara professional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.
Peratusan pesakit dalam yang berpuas hati dengan Kualiti Perkhidmatan sajian makanan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- PERKHIDMATAN DIETETIK KLINIKAL - Memberi Medical Nutrition Therapy kepada pesakit dalam dan luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan 
- Skop perkhidmatan adalah meliputi Bangunan Utama dan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak 
- Tatacara rujukan dilakukan menggunakan dua (2) kaedah: - i. Manual (borang rujukan) di Bangunan Utama - ii. Elektronik (SPP.AI) di Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak 
 
- PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN 
 Perkhidmatan beroperasi secara:
 i. In-house di Bangunan Utama setiap hari mulai 6.30 pagi hingga 6.30 petang.- ii. Outsource di Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-kanak dikendalikan oleh syarikat yang dilantik bermula pada November 2024. - iii. Menyediakan diet normal atau diet teraputik kepada pelanggan seperti berikut: - Pesakit dalam 
- Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan (Doctor On-call) 
- Pegawai Perubatan dan Anggota Paramedik di Dewan Bedah 
- Pesakit rawatan harian 
 
JADUAL KLINIK / WAKTU OPERASI
| Bangunan Utama | 
|---|
| Klinik Diet Hospital Kajang | Isnin - Khamis | 8.30 pagi - 1.00 petang | 
| Klinik DMTAC | Isnin (Minggu 2,4) | 2.30 petang - 4.30 petang | 
| Klinik Multidisplin Endokrin | Isnin | 2.30 petang - 4.30 petang | 
| Klinik Psikiatri Geriatrik | Jumaat (sebulan sekali) | 8.30 pagi - 12.30 tengahari | 
| Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak | 
|---|
| Klinik Pediatrik | Selasa dan Rabu | 8.30 pagi - 1.00 petang | 
| Klinik O&G | Khamis | 8.30 pagi - 1.00 petang | 
NO TELEFON KLINIK
- Bangunan Utama: 1363
- Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak: 4150/4151
 
				
