JABATAN ANESTESIOLOGI
Jabatan Anestesiologi, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin menawarkan perkhidmatan perioperatif dan rawatan rapi kepada pesakit di bawah Kluster Hospital Lembah Klang 4. Misi jabatan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan anestesia, rawatan kritikal dan pengurusan kesakitan yang berkualiti tinggi melalui kerjasama dengan pelbagai displin klinikal.
Skop perkhidmatan merangkumi Dewan Bedah (OT), Klinik Anestesia, Unit Pengurusan Kesakitan Akut, Unit Rawatan Kritikal (ICU), serta Unit Sokongan Respiratori dan Hemodinamik. Jabatan ini dilengkapi dengan tiga (3) bilik dewan bedah dan enam (6) katil ICU di blok utama. Pada tahun 2023, sebanyak 5,900 pembedahan dan prosedur telah berjaya dilaksanakan, merangkumi kes daripada pelbagai jabatan seperti Pembedahan Am, Ortopedik, Obstretrik dan Ginekologi, Pembedahan Mulut dan Maksilofasial, Pergigian Penjagaan Khas, Pikiatri dan Kesihatan Mental, serta Pergigian Kanak-Kanak. Seramai 439 pesakit telah dimasukkan ke ICU, manakala Klinik Anestesia mencatatkan 2,595 kehadiran pesakit.
Pembukaan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak membuka peluang baru untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan pesakit di kawasan Kajang dan sekitarnya. Kompleks ini dilengkapi enam (6) bilik dewan bedah, enam (6) katil Hihg Dependency Ward serta enam (6) katil ICU yang dua (2) daripadanya dilengkapi dengan bilik pengasingan bertekanan negatif.
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
 
				
