JABATAN REKOD PERUBATAN

Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab untuk menguruskan rekod perubatan pesakit sama ada fizikal atau elektronik, permohonan laporan perubatan dan bedah siasat, persidangan lembaga perubatan, pengurusan statistik kesihatan dalam Sistem Maklumat rawatan Pelanggan (SMRP) dan klasifikasi penyakit / Prosedur klinikal berpandukan piawaian International Classification of Diseases and Related Health Problem (ICD) 11th version dan ICD-9CM.

Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam menguruskan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perkhidmatan perubatan di hospital dan menjadi perantara kepada pesakit dan Jabatan Klinikal untuk pengeluaran maklumat perubatan rasmi melalui permohonan laporan perubatan.

Jabatan ini beroperasi di Blok Utama (berhadapan wad 8) dan di aras 5, Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak.

  1. Kearah mewujudkan sistem pengurusan rekod perubatan yang berpusat dan berteknologi tinggi bagi mencapai tahap pengurusan rekod perubatan yang berkualiti.

  2. Kearah melaksanakan sistem penyediaan laporan perubatan yang menepati tempoh yang ditetapkan bagi mencapai kepuasan pelanggan yang maksima

  3. Kearah menjana maklumat perangkaan perubatan yang tepat dan lengkap supaya semua perancangan pembangunan perubatan dapat dilaksanakan dengan berkesan

  1. ≥85% Laporan Perubatan disediakan dalam tempoh 28 hari dan tarikh terima permohonan lengkap.

  2. ≥95% Rekod Perubatan Pesakit dihantar ke Jabatan Rekod Perubatan dalam tempoh 72 jam bekerja selepas pesakit discaj

  3. ≥90% Permohonan Laporan Perubatan lengkap dihantar kepada Pegawai Perubatan dalam tempoh 10 hari

  4. ≥95% Rekod Perubatan Pesakit bagi tujuan temujanji klinik pakar berjaya dikesan dalam tempoh 3 hari bekerja

Image
  1. Menguruskan rekod perubatan pesakit bermula daripada sistem pendaftaran, pemfailan, pencarian, penyimpanan, penyelenggaran sehingga proses pelupusan.

  2. Menguruskan permohonan Laporan Perubatan daripada pelbagai kategori permohonan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak KKM

  3. Menguruskan Permohonan Persidangan Lembaga Perubatan yang diterima dari JKN Selangor.

  4. Menyediakan data statistik kesihatan berdasarkan standard yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan menyediakan laporan serta data - data berdasarkan keperluan pihak KKM, JKN Selangor dan hospital dari semasa ke semasa

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile