JABATAN PEDIATRIK
Jabatan Pediatrik di HTPN mempunyai 8 kawasan yang terdiri daripada:
- Wad Pediatrik Medikal - Wad 8A dan Wad 8B 
- Wad Multidisiplin - Wad 6B 
- Pediatric High Dependency (PHDW) - 4 Katil 
- Unit Rawatan Pediatrik (Pediatric Intensive Care Unit - NICU) 
- Special Care Nursery (SCN) 
- Klinik Pakar Kank-Kanak 
- Unit Rawatan Harian 
Jabatan Pediatrik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin akan memberikan rawatan komprehensif terkini yang berkualiti kepada pesakit pediatrik merangkumi rawatan diagnostikm kuratif dan menggalakan aspek pencegahan dan amalan kesihatan yang baik.
- Memberi perkhidnmatan rawatan kepada semua pesakit pediatrik yang dirujuk sama ada pesakit dalam atau pesakit luar 
- Memberi rawatan kecemasan (resusitasi) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan 
- Memastikan pesakit luar dirawat kurang dari 90 minit masa menunggu di klinik pediatrik 
- Memberi perkhidmatan holistik dan komprehensif bagi mengurangkan impak penyakit terhadap perkembangan fizikal dan psikososial kanak-kanak 
- membentuk satu pasukan anggota perubatan yang terlatih, kompeten dan profesional 
- Bekerjasama dengan ibubapa sebagai rakan di dalam menjaga kesihatan kank-kanak 
Sedang dikemaskini

- Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada kanak-kanak yang baru lahir sehingga 12 tahun. Ini merangkumi: - Perkhidmtan Pesakit Dalaman 
- Perkhidmatan Pesakit Luaran 
- Perkhidmatan Rawtan Harian 
- Perkhidmatan Rawatan Intensif 
 
- Di NICU / SCN, pasukan pediatrik bergabung bersama pasukan obstetrik dalam pengurusan antenatal bagi kehamilan berisiko tinggi. Menyediakan kaunseling dan perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada ibubapa. Selain itu, pasukan pediatrik akan memeriksa dan menilai semula bayi baru lahir yang dirujuk dari Wad Postnatal untuk memastikan keaadaan bayi normal dan stabil. 
- Bagi unit yang lain, pasukan pediatrik bergabung bersama penjagaan subkepakaran lain seperti pergigian kank-kanak, Pembedahan Kanak-kanak dan Pediatrik Orthopedik dalam pengurusan pesakit jika diperlukan 
- Menyediakan kemudahan rawatan untuk bayi dan kanak-kanak yang tenat yang memerlukan pemerhatian rapi dan bantuan pernafasan di hospital. 
- Kanak-kanak yang telah mendapat rawatan susulan sejak berumur bawah 12 tahun akan terus diberi rawatan susulan di klinik sehingga berumur 18 tahun, termasuk rawatan di wad pediatrik 
- Latihan kakitangan iaitu doktor, jururawat dan pembantu pegawai perubatan dengan mengadakan CME dan NRP (Neonatal Resuscitation Program) 
- SCAN team untuk pembelaan terhadap masalah yang berkaitan kanak-kanak dan remaja 
- Penglibatan dalam aktiviti penambahbaikan kualiti, sistem kesihatan dan kajian klinikal 
Jabatan Pediatrik Beroperasi:
- 24 jam untuk pesakit dalam 
- Dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang untuk rawatan pesakit luar diklinik 
- Rawatan di Unit Rawatan Harian untuk pesakit NNJ dan pesakit Thalassemia pada waktu pejabat bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja. Pendaftaran kemasukan ke Unit Rawatan Harian adalah selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tenga hari untuk pesakit jaundis dan pukul 9.00 pagi untuk pesakit Thalassemia. 
Senarai berikut adalah jadual perkhidmatan klinik pakar pediatrik:
| HARI | WAKTU | PERINCIAN | WAKTU | PERINCIAN | 
| Isnin | 8.00 pagi- 1.00 tengahari | Pediatrik Am (<2 tahun) | 2.00 pm - 4.30 pm | Pengurusan Rekod dan Defaulter | 
| Selasa | 8.00 pagi- 1.00 tengahari | Kes Scan dan Bereavement Kes Diabetes Kes rawatan TB ECHO | 2.00 pm - 4.30 pm | Kes rawatan susulan ELBW/VLBW | 
| Rabu | 8.00 pagi -1.00 tengahari | Pediatrik Am (> 2 Thn Neurologi dan Masalah Pembelajaran) | 2.00 pm - 4.30 pm | Pengurusan Rekod dan Defaulter | 
| Khamis | 8.00 am – 1.00 tengahari | Thalassaemia Kes rujukan awal dari Wad | 2.00 pm - 4.30 pm | Pengurusan Rekod dan Defaulter | 
| Khamis | 8.00 am -1.00 tengahari | Klinik Child and Adolescent Psychiatry 
 | 2.00PM - 4.30 pm | Pengurusan Rekod dan Defaulter | 
| Jumaat | 8.00 am – 1.00 tengahari | Pediatrik Am (Respiratory dan Kardiologi ) | 2.00 pm - 4.30 pm | Pengurusan Rekod dan Defaulter | 
NO TELIFON KLINIK PAKAR
NO TELIFON KAUNTER KLINIK PAKAR - 03- 87518416
 
				
