JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia semenjak tahun 1952 iaitu beberapa tahun selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan, justeru itu maka nama jawatan ini dikenali sebagai 'Lady Almoner'. Kemudian jawatan ini ditukar nama kepada Pegawai Kebajikan Perubatan. Sehingga tahun 1991, terdapat hanya 8 orang Pegawai Kebajikan Perubatan yang bertugas di Hospital Besar Negeri iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak.

Dari semasa ke semasa perkhidmatan dan peranan Pegawai Kebajikan Perubatan semakin mencabar dalam kepesatan pemodenan sejajar dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa sama oleh arus pembangunan dalam mencapai matlamat wawasan ke arah negara maju. Selari dengan perkembangan ini maka nama jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan juga ditukar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan mengikut surat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA(S)253/2/13klt.85(16) bertarikh 13 November 2002.

Dalam era menuju kepesatan kemajuan dan pemodenan masyarakat perlu meyelitkan unsur-unsur kemanusiaan dan kerohanian. Keberkesanan perkhidmatan rawatan sosial yang direalisasikan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan dapat dilihat melalui peranan pegawai-pegawai tersebut di hospital-hospital. Pendekatan rawatan sosial yang dipraktikkan kepada pesakit-pesakit dapat memantapkan jiwa mereka agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan diri melawan penyakit dan menjalani kehidupan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan individu dan negara.

Saban hari masyarakat menghadapi pelbagai gejala sosial dan masalah ini dibawa ke hospital dimana intervensi Pegawai Kerja Sosial Perubatan diperlukan. Perkhidmatan kaunseling, siasatan dan penilaian psikososial serta seliaan dibuat untuk kes-kes seperti penderaan dan penganiayaan kanak-kanak, kes-kes keganasan rumahtangga, kes-kes HIV, remaja bermasalah, kes-kes ibu melahirkan anak tanpa nikah, kes buang bayi, krisis rumahtangga, masalah kekeluargaan, pengabaian orang-orang tua, kes tekanan mental, mangsa rogol dan berbagai-bagai lagi.

Atas kesedaran pentingnya perkhidmatan atau pendekatan rawatan sosial yang dijalankan oleh Pegawai Kerja SosialPerubatan kearah menyumbang kefungsian sosial dan meninggikan tahap kualiti dan produktiviti maka bilangan anggota Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan juga telah bertambah kepada 108 orang di seluruh Malaysia.

  1. Untuk memberikan perkhidmatan sosial yang berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah psiko-sosial mereka, seiring dengan konsep rawatan 'Total Patient Care'

  2. Untuk membantu memulihkan semula pesakit-pesakit dengan meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyrakat yang produktif, berkualiti serta berdikari dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.

Memastikan 90% pesakit yang dirujuk untuk bantuan sokongan sosial akan menerima intervensi awal dalam tempoh 5 hari bekerja.

Image

SENARAI PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN


PERKHIDMATAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE)



Mengenalpasti dan mengendalikan “Potential Social Disease” (Potensi Permasalahan / Gejala Sosial)

 


  1. Penyiasatan Sosial


  1. Mengadakan sesi temubual dengan individu, keluarga, majikan, sekolah dan mereka yang berkaitan.


  1. Menentukan diagnosa social (social diagnosis)


  1. Menentukan jenis rawatan social – kesesuaian dan kelayakan bantuan.


 

  1. Pendidikan /Penyampai Maklumat dan Perkhidmatan Perundingan


 

PKSP berperanan sebagai perancang dan penggerak aktiviti, koordinator, peranan sokongan, khidmat nasihat dan perundingan, pusat rujukan, menguruskan dan mengendalikan “group counseling, group & family support”



PERKHIDMATAN KURATIF (RAWATAN SOSIAL)

Ini lebih berfokus kepada intervensi terhadap masalah sosial yang dikenalpasti.


  1. Penilaian masalah psiko-sosial, sosio-ekonomi klien

 

Contohnya:

  1. Kualiti perhubungan dan sokongan keluarga


  1. Sumber-sumber dalaman- kekuatan dan kelemahan diri klien


  1. Masalah ekonomi






JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN:

 Perkhidmatan Bantuan Sokongan Terapi (Support Therapy).


  1. Perkhidmatan Bantuan Praktik.


  1. Bantuan Am

 

Penyediaan laporan sosial klien / keluarga untuk membantu diagnosis, rawatan dan intervensi sokongan sosial.

 

  1. Khidmat Kaunseling / Terapi Sokongan 

  1. Kaunseling individu


  1. Kaunseling keluarga


  1. Kaunseling kelompok / kumpulan


  1. Khidmat rundingan dan nasihat ( keluarga / pesakit / agensi-agensi berkaitan )


  1. Bantuan Praktikal / Material / Kewangan


  1. Menguruskan kemasukan ke institusi


  1. Bantuan peralatan perubatan / alat tiruan / prostesis bagi kes-kes yang tidak mampu


  1. Mengendalikan dan menguruskan sumber-sumber dana / kewangan


  1. Kes-kes malnutrition


  1. Keperluan tambang untuk rawatan lanjut / susulan / balik ke rumah


JARINGAN HUBUNGAN (NETWORKING)

 

  1. Inter-agency ( kerajaan dan bukan kerajaan )

  2. Intra-departmental (antara disiplin)

  3. Mengenalpasti sumber-sumber dalam komuniti

  4. Mendapat maklumat

  5. Mendapat bantuan jangka pendek dan jangka panjang (material resource mobilization)

  6. Merancang dan melaksanakan program

  7. Mengambil bahagian dengan aktiviti-aktiviti komuniti


PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

 

  1. Pusat Jagaan Harian (Day Care Centre)


  1. Rumah Perantaraan untuk pesakit-pesakit yang bermasalah social


  1. Penempatan kerja

 

Program ini bertujuan mengelakkan kemasukan ke hospital yang berulangkali di samping memulihkan mereka untuk berfungsi dan di terima dalam komuniti.


HARI

WAKTU OPERASI

WAKTU REHAT

Isnin - Khamis

8.00 pagi - 5.00 petang

1.00 - 2.00 petang

Jumaat

12.15 tengah hari - 2.45 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tutup

NOMBOR TELEFON KLINIK (TALIAN UNTUK DIHUBUNGI BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN).


Jabatan Kerja Sosial Perubatan (Bangunan Utama)

03-8913 3333 sambungan 1459, 1129, 1273, 3230


Jabatan Kerja Sosial Perubatan (Pusat Rawatan Wanita & Kanak-Kanak)

03-87518387 sambungan 4122, 4123, 4124


📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile