JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Kajang yang kini dikenali sebagai Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) merupakan salah satu jabatan utama yang memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti khusus kepada wanita. Jabatan ini berdedikasi dalam memberi rawatan komprehensif berkaitan kehamilan, kelahiran, serta masalah kesihatan sistem reproduktif wanita. Dengan barisan pakar Obstetrik dan Ginekologi yang berpengalaman serta kakitangan sokongan yang terlatih, jabatan ini komited dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan terbaik dalam suasana yang selamat dan mesra.

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTPN juga merupakan salah satu pusat rujukan bagi daerah Hulu Langat. Kes-kes berisiko tinggi akan dirujuk dari klinik kesihatan sekitar serta hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lanjut yang lebih menyeluruh, mamandangkan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dilengkapi dengan kemudahan ICU, NICU dan Dewan Bedah.

Unit ini turut menerima rujukan kes in utero daripada hospital lain, khususnya bagi bayi prematang yang memerlukan bantuan penafasan melalui ventilator di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Selain itu, pakar-pakar di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi turut diberikan tanggungjawab utnuk menjaga klinik kesihatan tertentu di bawah kawasan liputan Hospital Kajang, bagi memastikan proses rujukan dan rawatan berjalan dengan lebih cekap dan sistematik.

Kes-kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut, rawatan khusus atau pembedahan lanjutan akan dirujuk ke tertiary centre yang mempunyai subkepakaran, seperti Maternal Fetal Medicine, Cardiology, Respiratory, Urology, Dermatology. ENT, Ophthalmology di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, serta Gynaeoncology di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

  1. Memberi perkhidmatan kebidanan yang cekap, berkesan dan bermutu tinggi dalam wad bersalin berpandukan dasar polisi kerajaan.

  2. Menentukan dan mengenalpasti ibu-ibu mengandung dan bayi yang berisiko tinggi diberikan rawatan rapi.

  3. Memberi layanan mesra dan betul kepada ibu semasa bersalin dan selepas bersalin tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.

  4. Memastikan kedua ibu bapa bayi memahami kaedah penjagaan bayi yang asas.

  5. Memastikan pesakit-pesakit yang menghadapi penyakit-penyakit organ reproduktif dipulihkan serta mencapai tahap kesihatan yang optima.

Sedang dikemaskini

Image
  1. Perkhidmatan Wanita dan Kanak-Kanak

    • Jabatan Obtetrik dan Ginekologi

    • Jabatan Pediatrik

  2. Perkhidmatan Perubatan

    • Jabatan Kecemasan & Trauma

  3. Perkhidmatan Pembedahan

    • Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal

  4. Sokongan Klinikal

    • Jabatan Farmasi

    • Jabatan Dietetik dan Sajian

    • Unit Kerja Sosial Perubatan

    • Unit Kejururawatan

  5. Sokongan Bukan Klinikal

    • Unit Pentadbiran

    • Unit Teknoplogi Maklumat

    • Unit Hasil

    • Unit Keselamatan

  6. Perkhidmatan Diagnostik

    • Jabatan Radiologi

    • Jabatan Perubatan Transfusi

  7. Unit Penjagaan Harian (Daycare)

  8. Pusat latihan dan kemahiran bersasar bagi Pelajar Perubatan Siswazah dan Lepasan Siswazah

  9. Memberi latihan praktikal kepada para pelatih Pra-Ijazah dan latihan lanjutan klinikal bagi meningkatkan kepakaran pegawai.

Hari

Masa

Rawatan

Isnin

8.00 pagi -1.00 petang

2.00 petang - 5.00 petang

8.00 pagi - 1.00 petang

-Klinik Ibu Mengandung

-Klinik postnatal/ infertilityl/ Klinik pre pregnancy

-Combine Clinic (minggu pertama setiap bulan)

Selasa

8.00 pagi -1.00 petang

Klinik Ibu Mengandung

Rabu

8.00 pagi -1.00 petang

2.00 petang - 5.00 petang

-Klinik Ibu Mengandung (kes baru) & detail scan

-Klinik scan

Khamis

8.00 pagi -1.00 petang

Klinik sakit puan

Jumaat

8.00 pagi -1.00 petang

Klinik sakit puan

NO TELEFON KLINIK: 03-89133333

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile