JABATAN FARMASI
Jabatan Farmasi Hospital Tengku Permaisuri Norashikin merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan perolehan, pembekalan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan kepada pesakit dan unit-unit pengguna dalam hospital. Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan berkonsepkan penjgaan farmaseutikal secara menyeluruh, mengoptimakan terapi ubat-ubatan dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan penggunaan ubat yang rasional dan kos efektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi klinikal terkini.
Selain dari menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelbagai jabatan dan disiplin, jabatan ini juga menekankan kefahaman dan pendidikan pesakit berkenaan ubat-ubatan yang digunakan supaya keberkesanan terapi dalam rawatan dapat dipertingkatkan.
- Memberi Perkhidmatan Farmasi yang cekap, tepat dan berkesan kepada pesakit dan pelanggan di hospital 
- Mengadakan Perkhidmatan Farmasib Klinikal untuk meningkatkan kualiti rawatan pesakit 
- Mengukuhkan Sistem Perolehan dan Pembekalan supaya mematuhi keperluan ubat-ubatan dan peralatan diperingkat hospital 
- Jumlah preskripsi pesakit yang didiscaj dalam waktu pejabat didispens secara Bedside Dispensing (BD) - sasaran 40% 

Perkhidmatan yang diberikan dibahagi kepada enam (6) cabang utama iaitu:
- Farmasi Logistik 
- Farmasi Ambulatori 
- Farmasi Pesakit Dalam 
- Farmasi Wad & Farmakoterapi 
- Farmasi Pusat Sumber & maklumat Ubat 
- Farmasi Pengeluaran 
Selain daripada perkhidmatan utama di atas, perkhidmatan lain yang diberikan termasuk:
- Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) /Medication Therapy Management (MTM) 
- Perkhimatan Farmakokinetik Klinikal - Pemonitaran Ubat Terapeutik (TDM) 
- Perkhidmatan Nutrisi Parenteral & admikstur intravena 
- Perkhidmatan Pendispensan Methadone kepada pesakit yang dirujuk di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, serta Pembekalan Methadone ke Klinik Swasta 
JADUAL KLINIK / WAKTU OPERASI
| Bangunan Utama | 
|---|
| UNIT | Isnin - Jumaat | Sabtu, Ahad & Cuti Umum | 
| Farmasi Kecemasan | Perkhidmatan 24 Jam kecuali waktu rehat* | 24 jam | 
| Farmasi Pesakit Luar | 7.30 pagi - 5.00 petang | Tutup | 
| Farmasi Pesakit Dalam | 8.00 pagi - 5.00 petang | 8.00 pagi - 2.00 petang | 
| Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak | 
|---|
| UNIT | Isnin - Jumaat | Sabtu, Ahad & Cuti Umum | 
| Farmasi Klinik Pakar | 8.00 pagi - 5.00 petang | Tutup | 
| Farmasi Logistik Farmasi Wad & Farmakoterapi Farmasi Pusat Sumber & Maklumat Ubat Farmasi Pengeluaran Perkhidmatan Nutrisi Parenteral & Admikstur Intravena | 8.00 pagi - 5.00 petang *Waktu Rehat -Isnin - Khamis : 1.00 - 2.00 petang -Jumaat : 12.15 -2.45 petang | Tutup | 
NO TELEFON KLINIK
| Bangunan Utama | 
|---|
| Farmasi Pesakit Luar | 3264 / 1265 | 
| Farmasi Kecemasan | 1475 | 
| Farmasi Pesakit Dalam | 1208 / 3207 | 
| Farmasi Logistik | 1215 / 3216 / 1157 | 
| Farmasi Wad & Farmakoterapi | 1190 | 
| Perkhidmatan Farmakoterapi Klinikal - Permonitoran Ubat Teraputik (TDM) | 1320 | 
| Farmasi Pusat Sumber & Maklumat Ubat | 1115 | 
| Farmasi Pengeluaran -Galenikal & Prabungkus | 3265 / 3266 | 
| Perkhidmatan Nutrisi Parenteral & Admikstur Intravena | 1320 | 
| Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak | 
|---|
| Farmasi Klinik Pakar | 4283 / 4284 | 
| Farmasi Kecemasan | 4133 | 
| Farmasi Pesakit Dalam | 4551 / 4552 / 4553 | 
| Farmasi Logistik | 4158 | 
| Farmasi Wad & Farmakoterapi | 4560 / 4561 | 
| Perkhidmatan Farmakoterapi Klinikal - Permonitoran Ubat Teraputik (TDM) | 4562 | 
| Farmasi Pusat Sumber & Maklumat Ubat | 4558 / 4559 | 
| Farmasi Pengeluaran -Galenikal & Prabungkus | 4555 / 4563 | 
| Perkhidmatan Nutrisi Parenteral & Admikstur Intravena | 4549 | 
 
				
