JABATAN PEMBEDAHAN AM

Jabatan Pembedahan Am di bawah direktorat pembedahan berperanan menguruskan pesakit pembedahan tahap sekunder dengan objektif perkhidmatan memberikan penjagaan berkualiti pada pesakit semasa tempoh pra- dan pascapembedahan bagi memastikan prosedur yang diberikan adalah selamat dan pesakit dapat pulih dengan baik tanpa komplikasi. Perkhidmatan meliputi perawatan pembedahan kecemasan, perawatan pesakit luar dan dalam termasuk prosedur pembedahan dan endoskopi, perkhidmatan gabungan bersama Urologi, plastik dan rekonstruktif dan neurosurgeri peringkat Kluster Klang Valley IV (KKVIV). Jabatan juga bertindak sebagai pusat latihan untuk pegawai siswazah, pakar bedah dan kakitangan sokongan.

Jabatan sentiasa proaktif menjalankan latihan dalaman secara berkala sebagai medium pembelajaran berterusan untuk semua pegawai seperti Basic Suturing workshop, Basic laparoscopic workshop, Laparoscopic hernia workshop, Laporoscopic haemorhoidectomy workshop, Laporoscopic rectal surgery workshop. Kami juga menjalankan kerjasama dengan komuniti setempat dengan menjalankan aktiviti bersama seperti Sunathon,Saringan kesihatan bersama PKD Hulu Langat, Program Pink October dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA) dan ceramah kesihatan ke sekolah dan surau berdekatan.

Sedang dikemaskini

Sedang dikemaskini

Sedang dikemaskini

Sedang dikemaskini

Sedang dikemaskini

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile