UNIT PENGURUSAN RISIKO DAN SURVELAN KLINIKAL

Unit Kualiti Hospital Tengku Permaisuri Norashikin memainkan peranan sebagai pemantau dan pengawal selia utama dalam peningkatan berterusan kualiti perkhidmatan klinikal dan bukan klinikal di peringkat jabatan dan hospital secara keseluruhan. Antara aktivii yang dijalankan termasuk memantau pencaipaian indicator seperti Key Performance Indicator (KPI) Klinik, Hospital Performance Indicators for Accountability (HPIA), serta KPI Pengarah Kesihatan Negeri dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perubatan. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi pengumpulan, penganalisisan, dan interpretasi data, mengelola penyediaan laporan Shortfall in Quality (SIQ), serta pelaksanaan audit dalaman secara berkala bagi persediaan sebelum Audit Luaran yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Disamping itu, Unit Kualiti merupakan sekretariat bagi Hospital Previleging Committee untuk melancarkan proses Privileging bagi pegawai perubatan, staf kejururawatan dan kakitangan kesihatan bersekutu, dengan memastikan semua kakitangan mendapat privilege untuk menjalankan prosedur klinikal, sekali gus memastikan tahap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan yang optimum. Selain itu, Unit Kualiti secara proaktif merancang, menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan kepuasan pelanggan (PSQ-18), berlandaskan piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM, untuk memastikan pengalaman pesakit adalah yang terbaik dan memenuhi harapan mereka.

Unit Kualiti juga turut berperanan dalam memastikan hospital memenui pensijilan dan piawaian yang telah ditetapkan, termasuk MS ISO 9001:2015 dan pensijilan Pain Free Hospital. Hospital Tengku Permaisuri Norashikin telah berjaya mendapat pengiktirafan Pain Free Hospital selepas menjalankan inisiatif recertification yang melibatkan pengurusan kesakitan pesakit dengan lebih berkesan dan sistematik.Pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan komitmen hospital dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, tetapi juga memastikan keselesaan dan kesejahteraan pesakit terjamin sepanjang rawatan. Seterusnya Unit Kualiti Hospital Tengku Permaisuri Norashikin turut melaksanakan Quality Improvement Initiatives seperti projek-projek Quality Assurance, Audit Klinikal, KIK & Inovasi, dan Lean Healthcare. Melalui inisiatif ini, dua projek Quality Assurance daripada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin telah berjaya mewakili negeri Selangor di peringkat kebangsaan. Unit Kualiti juga bertanggungjawab dalam menyelaraskan aktiviti berkaitan Hospital Kluster Klang Valley (KKV4), dengan matlamat untuk menguruskan dan menyelaraskan perkhidmatan secara lebih efektif melalui pengkongsian dan pengoptimaan sumber bersesuaian dengan keperluan pesakit. dari segi keselamatan pesakit, Unit Kualiti bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem Incident Reporting (IR 2.0), menyaring dan menganalisis insiden yang dilaporkan, serta memastikan pelaksanaan tindakan penambahbaikan dan pencegahan di jabatan /unit yang terlibat. Semua usha ini adalah bagi memastikan kualiti perkhidmatan hospital sentiasa terjaga, selamat, dan memberi manfaat kepada pesakit.

  1. Sedang dikemaskini

Sedang dikemaskini

Sedang dikemaskini

Sedang dikemaskini

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile