JABATAN KECEMASAN & TRAUMA

Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) Kajang telah mula beroperasi semenjak tahun 1895. Bermula pada 13 Januari 2025, jabatan ini telah berkembang kepada dua pusat operasi utama, iaitu di Bangunan Utama (bangunan asal) dan di Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (bangunan baharu).

Jabatan ini beroperasi 24 jam sehari dan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma bagi penduduk di Daerah Hulu Langat, khususnya sekitar Kajang.

Setiap pesakit yang hadir akan di saring berdasarkan tahap keseriusan mengikut kriteria triage yang telah ditetapkan, sebelum rawatan selanjutnya diberikan. Keutamaan akan diberikan kepada kes-kes kecemasan dan kritikal. Pesakit akan dirawat dan diuruskan mengikut tahap ketenatan dalam tempoh masa yang bersesuaian, tertakluk kepada keadaan semasa dan sekiranya tiada insiden bencana yang sedang berlaku.

  1. Menyediakan rawatan kecemasan yang cepat dan tepat.

  2. Menyampaikan perkhidmatan rawatan kecemasan komprehensif dan bersepadu dari peringkat pra hospital hingga ke hospital.

  3. Memberikan rawatan kecemasan yang efisien dan efektif melalui prosedur resusitasi dan stabilisasi oleh anggota yang berkemahiran tinggi.

Sedang dikemaskini

Image

Skop perkhidmatan yang ditawarkan meliputi:

  1. Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans

  2. Rawatan Kecemasan Komprehensif

    • Resusitasi dan stabilisasi

    • Diagnostik dan prosedur intervensi

    • Rawatan serangan asma akut

    • Pengendalian trauma ringan dan serius

    • Code Blue

    • St Elevation Myocardial Infarction (STEMI) Network

    • Stroke Network

  3. Pusat Krisis Bersepadu (One Stop Crisis Centre)

  4. Pengurusan Bencana

  5. Pemeriksaan Kes-Kes Medikolegel

  6. Perkhidmatan Liputan Pasukan Perlindungan Perubatan dan Kesihatan

Selain itu, jabatan ini turut berfungsi sebagai pusat latihan klinikal bagi pelbagai program yang melibatkan perubatan kecemasan termasuk program elektif pelajar perubatan dan program latihan sangkutan bagi Pegawai Perubatan Sarjana Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan Siswazah, Penolong Pegawai Perubatan dalam Program Penempatan Wajib seta Jururawat Pelatih.

NOMBOR TELEFON

03-89133399
03-8913 3339


📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile