JABATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL

Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) terletak di kawasan Timur Bandar Kajang, dalam Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. Menurut rekod sejarah, hospital ini telah dibina pada tahun1889 diatas tanah seluas 16 ekar, kira-kira 30 kilometer di tenggara Kuala Lumpur. Pada tahun 2011, projek pembinaan Wad Psikiatri & Kesihatan Mental (Wad 8) serta Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental telah dilaksanakan di bawah Projek Naik Taraf Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental menerusi Rancangan Malaysia ke-9. Perkhidmatan Psikiatri & Kesihatan Mental, HTPN mula beroperasi secara rasmi melalui dua bangunan baharu, iaitu Bangunan Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental serta wad 8 yang mula berfungsi pada awal tahun 2011.

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental diterajui oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan, dengan sokongan daripada pakar-pakar psikiatri serta anggota kesihatan pelbagai jabatan. Kakitangan jabatan ini merangkumi pakar psikiatri, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat, penolong pegawai kesihatan, pegawai psikologi klinikal dan jurupulih perubatan carakerja.

Bangunan Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental dan Wad 8 terletak di kawasan tengah hospital. Bangunan Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental adalah bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan. Jabatan Farmasi, Dewan Bestari, Unit Angkut dan Kantin Hospital. Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti Bilik Konsultasi, Bilik Rawatan, Bilik Kaunseling, dan Bilik Mesyuarat. Ruang kerja bagi Ketua Jabatan, pakar psikiatri, pegawai perubatan dan anggota kesihatan yang lain turut digunakan bagi tujuan perlaksanaan tugasan klinikal dan urusan pentadbiran jabatan.

Bangunan Wad 8 pula terletak di antara Unit Angkut dan Klinik Pakar 1. Ia mempunyai kapasiti sebanyak 20 katil iaitu 12 untuk pesakit lelaki dan 8 untuk pesakit wanita. Selain daripada ruang rawatan, fasiliti ini turut dilengkapi dengan bilik aktiviti serta ruangan taman yang direka bagi menyokong proses pemulihan pesakit.

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HTPN menawarkan pelbagai perkhidmatan psikiatri yang komprehensif merangkumi rawatan psikiatri am dan subkepakaran psikiatri. antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk rawatan pesakit dalam, rawatan pesakit luar melalui Klinik Pakar Psikiatri, serta perkhidmatan Unit Psikiatri Komuniti. Selain itu, jabatan ini turut menyediakan perkhidmatan subkepakaran psikiatri iaitu psikiatri ketagihan , psikiatri geriatrik, psikiatri kanak-kanak dan remaja, serta konsultasi-liaison. Perkhidmatan terapi elektrokonvulsif (ECT) turut ditawarkan bagi kes-kes yang memerlukan rawatan tersebut berdasarkan penilaian klinikal.

  1. Menyediakan perkhidmatan psikiatri dan Kesihatan Mental yang berkualiti, cekap dan memenuhi keperluan para pelanggan

  2. Memastikan perkhidmatan rawatan psikiatri mengikut piawaian yang diterima pakai serta penjagaan pelanggan dan warga kerja

  3. Mempertingkatkan kemahiran profesionalisme warga kerja melalui latihan dan pembelajaran berterusan kepada semua anggota jabatan

  4. Mewujudkan sistem pemantauan yang berterusan bagi memperkukuhkan kualiti penyampaian perkhidmatan psikiatri

  5. Menggalakan penglibatan aktif warga kerja dalam aktiviti penyelidikan dan progaram peningkatan kualiti perkhidmatan

  • Mengekalkan kadar keciciran pesakit luar klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental dibawah paras 10 % daripada jumlah temujanji sebulan.
  • Memastikan kadar kemasukan semula ke Wad 8 dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh discaj tidak melebihi 20%.
Image

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental boleh dirumuskan secara ringkas seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar Psikiatri
    • Klinik Psikiatri Am
    • Klinik Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja
    • Klinik Psikiatri Geriatrik
    • Klinik Psikiatri Ketagihan
    • Klinik Clozapine
    • Klinik Penjara
    • Klinik Penilaian Permohonan OKU
    • Klinik Defaulter (Kes Cicir)

  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam Psikiatri
    • Ward Perempuan (8 katil)
    • Ward Lelaki (12 katil)

  3. Unit Psikiatri komuniti dan Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI)
    • Perkhidmatan Psikiatri Komuniti (CPS)
    • Sokonag Pekerjaan - Penempatan dan Sokongan Individu
    • Program Peralihan ke Alam Pekerjaan
    • Terapi Rekreasi

  4. Perkhidmatan Konsultasi-Liaison
  5. Perkhidmatan Klinik Psikiatri Lawatan
    • Penjara Kajang

  6. Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif (Electroconvulsive Therapy)
  7. Latihan, Penyelidikan dan Pembangunan
  8. Promosi Kesihatan Mental

JADUAL KLINIK/ WAD 8

HARI

PAGI

(8.00 am – 1.00 pm)

WAKTU

REHAT

PETANG

(2.00 pm - 5.00 pm)

Isnin

Grand ward rounds

Klinik Clozapine


WAKTU REHAT
(1.00 PM – 2.00 PM)

Klinik Penilaian OKU 

Klinic Defaulter

Klinik Psikiatri Ketagihan 

Selasa

Klinik Psikiatri Am (Kes Ulangan)

Klinik Psikiatri Ketagihan

Klinik Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja

Rondaan Wad 8

Mesyuarat Psikiatri Komuniti, Perbincangan Kes Kompleks dan Kes ECT

Rabu 

Klinik Psikiatri Am (Kes Baru)

Klinik Psikiatri Ketagihan

Klinik Psikiatri Geriatrik

Klinik Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja

Rondaan Wad 8

Klinik Penjara

Latihan (CNE/ Journal Club/ CME)

Khamis 

Klinik Psikiatri Am (Kes Ulangan)

Klinik Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja

Klinik Psikiatri Geriatrik

Rondaan Wad 8

Latihan (Journal club / Case conference / CME)

Jumaat 

Klinik Psikiatri Lawatan ke Penjara Kajang 

Klinik Psikiatri Geriatrik

Rondaan Wad 8

Mesyuarat Jabatan/ Urusan Pentadbiran Jabatan

Latihan (Case conference / /Journal Club/CME)

Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat (ALP) 

Mesyuarat Sokongan Pekerjaan (SE/RTW)


Sabtu

Rondaan Wad 8

Penilaian Kes-kes di Jabatan Kecemasan/ Wad-wad yang lain

Ahad 

Rondaan Wad 8

Penilaian Kes-kes di Jabatan Kecemasan/ Wad-wad yang lain

Nombor Telefon Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental:

  • 03-89133333 (Ext: 3368)

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile