JABATAN ORTOPEDIK

Jabatan ini merupakan salah satu jabatan utama hospital yang menyeluruh, berperanan penting dalam merawat kes muskuloskeletal dan trauma bagi daerah Kajang dan sekitarnya.

Untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik dan rawatan yang sesuai, berkesan dan selesa bagi pesakit yang memerlukan rawatan pesakit luar ortopedik, termasuk pengurusan susulan yang menyeluruh, pembedahan trauma dan elektif, immobilisasi dan pemulihan bagi pesakit Kajang dan kawasan sekitarnya.

Memastikan pengurusan pesakit dilaksanakan selaras dengan piawaian klinikal dan Sistem Pengurusan Kualiti (seperti MS ISO dan amalan terbaik KKM).

Image

Senarai perkhidmatan yang ditawarkan

  1. Penyediaan perkhidmatan diagnostik dan rawatan untuk penjagaan pesakit luar Ortopedik

  2. Penyediaan kemudahan perkhidmatan bilik plaster dan prosedur minor seperti suntikan sendi, cucian luka, membuka external fixator, k-wire dan jahitan

  3. Penyediaan kemudahan untuk pendidikan pesakit dan kaunseling

  4. penyedian kemudahan untuk latihan praktikal bagi Paramedik, Pelajar Perubatan dan pasca siswazah serta latihan perkhidmatan untuk kakitangan

  5. Penyedian perkhidmatan Perundingan Ortopedik kepada Jabatan Kecemasan

  6. Penyedian kemudahan untuk penyelarasan dan penyediaan laporan perubatan dan insurans

  7. Menyediakan perkhidmatan pesakit dalam untuk rawatan pembedahan trauma dan elektif, immobilisasi dan pemulihan, kawalan sakit, pengendalian luka dan fifioterapi di dalam wad.

Jadual Klinik/ Waktu Operasi

Isnin

8am-5pm

Selasa

8am-5pm

Rabu

8am-5pm

Khamis

8am-5pm

Jumaat

8am-5pm


Nombor Tel Klinik (talian untuk dihubungi bagi mendapatkan maklumat perkhidmatan).

03-89133333 (samb 1285) – Klinik Pakar Orthopedik


📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile