JABATAN RADIOLOGI
Jabatan Radiologi di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin merupakan jabatan kritikal penting yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengimejan diagnostik. Perkhidmatan yang ditawarkan secara dalaman termasuk Radiografi Am dan Mudah Alih, Ultrasonografi dan Ultrasonografi Mudah Alih, CT Scan, Mamografi, Prosedur Intervensi, penggunaan Pengimejan Intesifier(II) di dewan bedah, serta Pengimejan Pergigian (OPG) di Jabatan Pergigian.
Perkhidmatan Radiologi lain disediakan melalui kerjasama dengan Hospital Kluster (KKV4). Fluoroskopi dijalankan di Hospital Cyberjaya pada hari Jumaat, sebulan sekali. Perkhidmatan MRI disediakan di Hospital Ampang (Khamis) dan Institut Kanser Negara (Isnin) setiap minggu. Pemeriksaan Densitometri Tulang (DEXA) pula dijalankan di Hospital Serdang pada hari Rabu, sebulan sekali. Untuk perkhidmatan yang dijalankan di luar fasiliti, pasukan dari Hospital Tengku Permaisuri Norashikin yang terdiri daripada Pakar, Pegawai Perubatan, dan Juruteknologi Radiologi akan hadir ke hospital yang berkenaan.
Jabatan Radiologi, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin beroperasi melalui dua unit utama, iaituJabatan Radiologi Utama (Radiologi 1) dan Jabatan Radiologi Kecemasan (Radiologi 2). Kedua-dua bangunan ini terletak bersebelahan, dengan jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.
Pada November 2024, subunit Jabatan Radiologi di Pusat Rawatan Kanak-Kanak telah mula beroperasi. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan Radiografi Am, Radiografi Radiografi Mudah Alih, CT Scan, Ultrasongrafi, C-arm (di dewan bedah), dan CBCT/OPG (Pergigian). Ketersediaan modaliti lain adalah bergantung kepada jadual, sama seperti di Jabatan Radiologi Utama, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.
Memberikan perkhidmatan radiologi, perkhidmatan kepakaran dan rundingan yang cekap, bermutu dan tepat bagi membantu perawatan pesakit di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dan Klinik - Klinik Kesihatan di daerah Hulu Langat.
Selain itu, unit radiologi juga:
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti dengan menghasilkan imej yang bermutu tinggi. 
- Meningkatkan skop perkhidmatan radiologi di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dengan menyediakan perkhidmatan radiografi am dan pemeriksaan radiologi khas selaras dengan peningkatan perkhidmatan kepakaran di dalam didiplin yang lain 
Sedang dikemaskini

| BIL | MODALITI | JADUAL PERKHIDMATAN | TEMPAT | LIPUTAN PERKHIDMATAN | 
| 1. | Radiografi Am | Setiap hari pada waktu pejabat | Radiologi 1 | Semua wad Klinik Pakar 1 Klinik Pakar 2 Klinik Psikiatri Klinik Ortopedik | 
| 24 jam | Radiologi 2 | Jab. Kecemasan & Trauma Klinik Ortopedik Seluruh hospital selepas waktu pejabat | ||
| 2. | Ultrasound | Setiap hari | Radiologi 1 | Seluruh hospital | 
| 3. | CT Scan | Setiap hari | Radiologi 2 | Seluruh hospital | 
| 4. | Mammografi | Setiap hari | Radiologi 1 | Seluruh hospital dan klinik kesihatan bawah seliaan | 
| 5. | Perkhidmatan II Di Dewan Bedah | Isnin, Rabu & Jumaat (Elektif) Setiap hari / Bila perlu (Kecemasan) | Dewan Bedah | Jabatan Ortopedik & Pembedahan Am | 
| 6. | MRI | Setiap hari Isnin | Institut Kanser Negara | Seluruh hospital | 
| Setiap hari Khamis | Hospital Ampang | |||
| 7. | Fluoroskopi | Jumaat (Sekali sebulan) | Hospital Cyberjaya | Seluruh hospital | 
| 8. | Radiografi Dental | Setiap hari | Jabatan Pergigian Dan Bedah Mulut | Seluruh hospital | 
| 9 | Bone Densitometry ( DEXA ) | Rabu ( Sekali sebulan ) | Hospital Serdang | Seluruh hospital | 
Jabatan Radiologi, Pusat Rawatan Wanita Dan Kanak-Kanak
| BIL | MODALITI | JADUAL PERKHIDMATAN | TEMPAT | LIPUTAN PERKHIDMATAN | 
| 1. | Radiografi Am (Statik/Mudah Alih) | Setiap hari 24 jam | Statik : Jabatan Radiologi WCC Mudah Alih : Jabatan Radiologi WCC Kecemasan PICU ICU | Jab. Kecemasan & Trauma Semua Klinik Pakar Semua Wad | 
| 2. | Ultrasound | Setiap hari 24 jam | Jabatan Radiologi WCC | Seluruh Hospital & Klinik Kesihatan bawah seliaan | 
| 3. | CT Scan | Elektif : Setiap Hari Waktu Pejabat (8pagi-5ptg) Kecemasan : Setiap hari 24 jam | Jabatan Radiologi WCC | Seluruh Hospital | 
| 4. | Perkhidmatan C-arm Dewan Bedah | Beroperasi mengikut keperluan Jabatan yang memerlukan | Dewan Bedah | Jabatan Ortopedik & Pembedahan Am | 
| 5. | Radiografi Dental (OPG/CBCT) | Setiap hari Waktu Pejabat (8pagi-5ptg) | Jabatan Radiologi WCC | Jabatan Pergigian Pediatrik | 
 
				
