JABATAN PATOLOGI

Jabatan Patologi adalah salah satu jabatan di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan sebuah hospital kerajaan di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jabatan ini bernaung dibawah direktorat Perkhidmatan Diagnostik dan Sokongan Klinikal yang menawarkan perkhidmatan diagnostik bagi menyokong perkhidmatan kepakaran yang disediakan oleh Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Makmal Patologi berada di dua loaksi iaitu Bangunan Utama dan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (WCC).

Jabatan ini menggunakan sistem maklumat 'Laboratory Information System (LIS)' dan /atau laporan bercetak untuk pengedaran keputusan ujian yang dikeluarkan.

Jabatan Patologi merangkumi 4 unit:

  • Unit Patologi Kimia
  • Unit Hematologi
  • Unit Transfusi Perubatan
  • Unit Mikrobiologi
  1. Menyediakan perkhidmatan makmal perubatan termasuk diagnostik dan perundingan dalam bidang Patologi Kimia, Transfusi Perubatan dan Mikrobiologi.

  2. Memastikan kakitangan adalah kompeten dalam menjalankan tugas yang ditetapkan.

  3. Memberi latihan klinikal dan teknikal untuk kakitangan jabatan, kakitangan hospital dan pelatih/ kakitangan dari institusi / hospital luar.

  4. Menyediakan perkhidmatan rundingcara kepada pengguna makmal dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan patologi.

  5. Menjalankan penyelidikan dalam bidang patologi dan bekerjasama dengan disiplin klinikal yang lain dan institusi luar dalam bidang penyelidikan yang berkaitan.

Memastikan Laboratory Tun Around Time (LTAT) keputusan ujian cord blood TSH adalah 48 jam. Sasaran ≥ 80%

Image
  1. Makmal Patologi Kimia
    • Rutin Biokimia, Endokrin dan Metabolik, Makmal Dadah, Protein Khas, Pemantauan Dadah Terapi (TDM), Toksikologi Klinikal, dan Tumour Markers

  2. Makmal Hematologi
    • Hematologi Rutin dan Khas, Basic Coagulation

  3. Makmal Transfusi Perubatan
    • Pembekalan Darah dan Komponen Darah

  4. Makmal Mikrobiologi
    • Bakteriologi, Serologi, Parasitologi, TB dan Immunologi
📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile