UNIT KEJURURAWATAN
Jururawat merupakan jantung dalam organisasi kesihatan. Komponen jururawat merupakan bilangan terbesar dalam perkhidmatan kesihatan. Kekuatan perkhidmatan kejururawatan di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) merangkumi pelbagai kategori iaitu Penyelia Jururawat U10,U9, dan U7, Ketua Jururawat U6, Jururawat U6 (KUP), Jururawat Terlatih U5, Jururwat Masyarakat U2/U1.
Kejururawatan merupakan kumpulan sokongan yang terbesar dari segi sumber manusia, mempunyai anggota seramai 616 orang bagi keperluan sumber manusia di Blok Utama dan Kompleks Rawatan Ibu dan Kanak-Kanak untuk memberi perkhidmatan kejururawatan kepada pesakit dalam dan luaran di semua direkstorat seperti Jabatan Perubatan Dalaman Am, Jabatan Pembedahan Am, Jabatan Ortopedik, Jabatan Anesthesia, Jabatan Pediatrik, jabatan Obsterik dan Ginekologi, Jabatan Psikiatri termasuk Unit Radiologi.
Kejururawatan HTPN juga telah mengorak langkah ke depan bagi pembangunan profesional dalam kejururawatan samada menyertai pengucapan awam dalam pembentangan kaji selidik, inovasi diperingkat hospital, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mahupun kluster.
Kolaborasi bersama agensi luar dalam menyediakan fasiliti yang kondusif berjaya terlahir di dalam Program Jururawat Idamanku di Cawangan Latihan PGA Semenyih. Perancangan masa hadapan ialah bersama mengadakan Trasformasi Kejururawat termasuk penglibatan bersama sebagai Panel Peperiksaan Amali di St John Ambulance of Malaysia di Cheras.
Kejururawatan juga berusaha memupuk kesihatan mental yang seimbang dan sihat dalam memenangi cabaran globalisasi masa kini dengan merancang aktiviti luar bagi mengisi ruang masa untuk beriadah bersama warga kerja Hospital Tengku Permaisuri Norashikin yang lain selain mengeratkan silatulrahim.
Objektif utama kejururawatan ialah fokus pada keselamatan pesakit, penyediaan penjagaan yang berkualiti dan holistik dan berjaya memainkan peranan jururawat dalam pasukan kesihatan yang efisien dan efektif disamping menerapkan Budaya Korporat di setiap jururawat kami iaitu Penyayang, Profesional dan Kerja berpasukan.
Memastikan jururawat melakukan ISBAR mengikut senarai semak yang telah ditetapkan oleh JKNS.
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
 
				
