UNIT PENYELIA HOSPITAL
Unit Penyeliaan Hospital (UPH) merupakan organisasi yang mengurus, menjaga kepentingan profesyen dan kebajikan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. UPH juga bertanggungjawab sebagai sebuah organisasi yang memantau dan menyelia pematuhan amalan-amalan perubatan yang termaktub di dalam Akta Pembantu Perubatan, Kod Etika Pembantu Perubatan dan Standard Operation Procedure (SOP). Selain itu, UPH turut bertanggungjawab melaksanakan pelan-pelan pembangunan profesion yang telah ditetapkan oleh Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Ibupejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Unit Penyeliaan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin adalah di pimpin oleh ketua Penyelia Hospital iaitu En. Ahmad Zakir bin Osman @ Salim. Pada masa sekarang, terdapat 144 Penolong Pegawai Perubatan dan 214 Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dan menjadi pasukan sokongan terhadap proses perawatan terhadap setiap pesakit. Penempatan PPP khusus di Klinik-Klinik Pakar (Outpatient) bagi setiap jabatan. Penempatan PPK pula merangkumi penjagaan kesihatan pesakit di wad-wad (inpatient) dan Klinik-Klinik Pakar (outpatient) Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Program-program latihan dan peningkatan kemahiran dirangka sepanjang tahun agar semua kakitangan dibawah seliaan kompeten dan berkemahiran tinggi menjalankan tugasan/prosedur bagi menjamin perawatan terbaik kepada semua pesakit.
Sedang dikemaskini
Memastikan pemantauan Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan selepas waktu pejabat ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Unit Ambulans, Wad Psikiatri, Unit Forensik, Unit Hemodialisis dan wad-wad dijalankan setiap hari dalam sebulan.
Sedang dikemaskini
Sedang dikemaskini
 
				
