faqhubungimaklumbalaspeta

Ahli Lembaga Pelawat

Ketahui Peranan Ahli Lembaga Pelawat

Penghubung Antara Hospital Dan Komuniti - Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan komuniti. Ahli Lembaga boleh memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan memberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak  hospital serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak  hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga pelawata akan disanjung tinggi.

Mengadakan lawatan ke hospital - Mengadakan lawatan ke hospital untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan di Hospital, masalah-masalah yang dihadapi   oleh  Hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah   yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan   kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris. Ahli   Lembaga hendaklan menyediakan laporan mengenainya selepas setiap   lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat  ahli Lembaga Pelawat.

Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit dan Hospital - Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan hospital umpamanya dengan mengumpulkan buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan barang-barang permainan kepada pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, ahli Lembaga juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni tanam, tempat pesakit berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan positif daripada Ahli Lembaga Pelawat.

Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital - Melibatkan diri dalam aktiviti Hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu Hospital menjayakan program-program yang membina. Dalam menjalankan semua tugas dan fungsi yang tersebut di atas, Ahli Lembaga tidak dibenarkan untuk mengganggu dalam sebarang urusan pentadbiran hospital dan rawatan pesakit.

 

Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Shah Alam (HSAS)

1 Januari 2025 – 31 Disember 2027

 

YBhg Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim

YBhg Datin Azizah binti Mohamed Ariff

YBrs Dr Thum Chern Choong

Encik Albert Jay Raja a/l Joseph Puspam

Encik Norazmi bin Mat Noh

Puan Zaizah binti Zainuddin

Encik Vineshruban Arumugam

Encik Regupati a/l Raman

Encik Lim Kwan Meng

Encik Purshotaman a/l Puvanendran

Encik Kamarul Ariffin bin A. Kasim

Puan Nor Hasimah binti Mohd Najib

Encik Ang Kim Seng

Encik Saravanan a/l Revindran

Puan Suhaila binti dato’ M.Zin

Puan Noor Salbiah binti Puteh

Encik Azhar bin Harun

Encik Arumugam a/l Subramanian

Encik Kulandai a/l Arumugam

 

Tarikh dikemaskini: 11 Jun 2024