faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Pembedahan Am

PENGENALAN

Jabatan  Pembedahan  Am Hospital  Shah  Alam  menyediakan  perkhidmatanrawatan   ”secondary  care”  kepada  semua  kes-kes  berkaitan  pembedahan am untuk semua peringkat umur yang merangkumi pesakit luar dan pesakit dalam . Jabatan Pembedahan  Am  mempunyai 2 wad bedah , 1  wad lelaki  dan  1  wad Perempuan dimana kedua-dua wad ini digunasama dengan disiplin bedah yang lain iaitu Oftalmologi, ORL , Pembedahan Maxillo-Facial & Dental dan Ortopedik. Setiap  wad  mempunyai kapasiti  28  katil. Perkhidmatan yang  disediakan  oleh jabatan  ini  termasuk perkhidmatan  endoskopi, pembedahan  rawatan  harian , klinik  pakar  Pembedahan  Am dan  perkhidmatan  wad  di  mana  pesakit  boleh menjalani pembedahan elektif atau kecemasan .

 

 SKOP PERKHIDMATAN JABATAN PEMBEDAHAN AM

  • Menyediakan rawatan pesakit dalam.
  • Menyediakan perawatan pesakit luar melalui Klinik Pakar Pembedahan Am
  • Menyediakan perawatan pembedahan major dan minor.
  • Melakukan prosedur endoskopi diagnostic dan terapeutik.
  • Menerima rujukan dari disiplin-disiplin lain.
  • Memberi latihan dan pengajaran secara berterusan kepada kakitangan yang meliputi pakar bedah, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat dan pembantu perawatan kesihatan.
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti akademik dan kemasyarakatan di peringkat hospital, daerah dan juga negeri.

 

 Perkhidmatan yang disediakan

  1. KLINIK PEMBEDAHAN AM
  • Rawatan pesakit luar bagi kes baru
  • Rawatan pesakit luar bagi kes ulangan
  • Rawatan luka, cucian luka dan membuka jahitan/klip
  • Klinik sitologi (Dengan kerjasama Jabatan Patologi)
  • Rubber banding untuk kes-kes hemorrhoid
  • Continous Nursing Education
  • Pendidikan kesihatan
  • Pink Ribbon Clinic
  1. PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN (DAYCARE)
  • Rawatan diagnostik/ terapeutik ‘Upper Endoscopy” / OGDS
  • Rawatan diagnostik/ terapeutik ‘Lower Endoscopy” / Colonoscopy
  • Pembedahan rawatan harian
  1. WAD-WAD PEMBEDAHAN AM
  • Rawatan pesakit dalam
  • Persediaan pesakit untuk pembedahan elektif
  • Persediaan pesakit untuk pembedahan kecemasan
  • Rawatan luka pembedahan/membuka jahitan atau klip
  • Pendidikan kesihatan
 
  1. Waktu Operasi
  • Waktu Operasi Klinik Pesakit Luar (SOPD) : 8:00 a.m – 5:00 p.m (setiap hari kecuali cuti umum)
  1. Hubungi kami
  • Klinik Pesakit Luar Pembedahan (SOPD) terletak di aras 2 Bangunan Klinik Pakar Hospital Shah Alam, bersebelahan klinik pesakit luar Ophtalmologi.
  • telefon kaunter klinik : 03 55263278/79 atau 0355263000 samb.3001

 

Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025