faqhubungimaklumbalaspeta

Unit Penyeliaan Hospital

PENGENALAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di bawah pengurusan hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit - pesakit oleh anggota di bawah jagaannya iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan  Kesihatan. 

 

OBJEKTIF JABATAN 

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
  • Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  • Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

-Pengurusan Sumber Manusia

-Pentadbiran

-Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision)

-Penyeliaan Perkhidmatan Ambulan

-Pematuhan Akta dan Peraturan

-Pengurusan Latihan

-Tugas Atas Panggilan

 

WAKTU OPERASI

8AM-5PM

 

LOKASI

UNIT PENYELIAAN HOSPITAL ARAS 2 KOMPLEKS PENGURUSAN 

NO TELEFON UNIT PENYELIAAN 2824/2814/2879/2881

 

Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025