faqhubungimaklumbalaspeta

Unit Kesihatan Awam

PENGENALAN

Unit Kesihatan Awam diwujudkan sejajar dengan matlamat menjadikan setiap hospital di Malaysia khususnya Hospital Shah Alam sebagai “Hospital Sejahtera”. Bagi mencapai matlamat tersebut maka unit ini diwujudkan di Hospital Shah Alam di bawah Direktorat Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal. Unit ini terdiri daripada Kesihatan Awam, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta Perundangan & Kesihatan Persekitaran. Unit Kesihatan Awam (UKA) yang dibentuk pada 2017 adalah selaras dengan Surat Pekeliling Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1 Tahun 2008 bertarikh 1 Januari 2008.

 

TUJUAN/OBJEKTIF

Memastikan tahap kesihatan awam yang optimum melalui pelaksanaan program pencegahan dan kawalan penyakit, promosi kesihatan yang berkesan serta pengukuhan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam kalangan warga hospital. Memastikan perkhidmatan kesihatan awam yang dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah undang-undang kesihatan awam dan akta-akta lain yang berkaitan. Mewujudkan kawalan kesihatan persekitaran dengan memastikan keadaan tempat kerja mempunyai persekitaran yang sihat, selamat, bersih serta terkawal daripada sebarang punca jangkitan penyakit. Melaksanakan aktiviti promosi kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup sihat merangkumi semua aspek kesihatan awam kepada warga hospital dan pesakit.

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

Unit Kesihatan Awam bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan berikut:

   A. Kesihatan Awam

  1. Kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (Communicable and Non Communicable Disease) di hospital. 
  2. Perkhidmatan Klinik Warga. 
  3. Promosi dan Pendidikan Kesihatan. 
  4. Saringan Kesihatan Warga KKM. 
  5. Bertindak selaku sekretariat kepada Bilik Gerakan Wabak Penyakit Berjangkit dan Kes Kejadian Luar Biasa Yang Melibatkan Kesihatan Awam. 

   B. Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH)

  1. Audit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
  2. Mengenal pasti bahaya dan penilaian serta kawalan risiko di tempat kerja hospital (HIRARC). 
  3. Menyiasat serta melaporkan kemalangan serta penyakit berkaitan pekerjaan (NADOPOD, CODE GREY, NSI). 
  4. Menyiasat dan melaporkan kes-kes kekerasan terhadap warga kerja hospital. 
  5. Medical and Health Surveillance untuk warga hospital yang berisiko radiasi, pengendali ubat cytotoxic dan lain-lain. 

   C. Kesihatan Persekitaran dan Perundangan

  1. Penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor bersama-sama dengan pihak Pengurusan Hospital, pihak syarikat konsesi serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya perlu. 
  3. Pemantauan dan penguatkuasaan akta dan peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kualiti air dan makanan. 
  4. Pemantauan dan penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau dan Produk Merokok.
  5. Pemantauan dan kawalan Kesihatan Persekitaran Hospital.  
 

WAKTU OPERASI

Unit Kesihatan Awam akan beroperasi pada:

  1. Isnin – Khamis : 8 pagi – 1 petang, 2 petang – 5 petang
  2. Jumaat : 8 pagi – 12.15 tengah hari, 2.45 petang – 5 petang
  3. Sabtu / Ahad / Cuti Kelepasan Am – Tutup
Screenshot 2025 08 07 160311 
 

HUBUNGI KAMI

- Aras 1, Bangunan Utama, HSAS
- 03-55263000 (Samb: 1212/1202/1208)
-Emel uka: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh dikemaskini: 7 Ogos 2025