Pengenalan
Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik dan prosedur intervensi asas untuk pesakit dalam, pesakit luar, pesakit rawatan harian dan pesakit dari Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit-pesakit dari klinik dan hospital lain.
Objektif Jabatan
Untuk menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik dan intervensi yang sesuai, berkesan dan cekap, menggunakan modaliti terkini, oleh pasukan kakitangan terlatih yang berdedikasi.
Perkhidmatan Yang Disediakan
|
BIL |
MODALITI |
LOKASI |
WAKTU OPERASI |
|
1 |
Radiografi Am |
Bilik 1 |
Waktu Pejabat |
|
Bilik 2 |
|||
|
Bilik 3 |
24 jam |
||
|
2 |
OPG |
Bilik 1 |
Waktu Pejabat |
|
3 |
Ultrasound |
Bilik 4 - Pemeriksaan dilakukan berdasar temujanji untuk kes-kes elektif |
Waktu Pejabat |
|
Kes-kes kecemasan dari wad dan Jabatan Kecemasan |
24 jam |
||
|
4 |
Mammografi |
Bilik 5 - pemeriksaan dilakukan berdasarkan temujanji seperti Ductogram Hookwire Localization dan Stereotactic Biopsy Examination |
Isnin & Jumaat Waktu Pejabat |
|
5 |
Fluroskopi |
Bilik 6 - Pemeriksaan dilakukan berdasar sistem temujanji untuk kes-kes elektif. |
Selasa Waktu Pejabat |
|
6 |
Computed Tomography (CT Scan) |
Bilik 8 - Pemeriksaan dilakukan berdasar sistem temujanji untuk kes-kes elektif. |
Waktu Pejabat |
|
Kes-kes kecemasan dari wad dan Jabatan Kecemasan |
24 jam |
||
|
7 |
Magnetic Resonance Imaging (MRI) |
MRI Suite - Pemeriksaan dilakukan berdasar sistem temujanji untuk kes-kes elektif - Kes-kes kecemasan dilakukan tanpa temujanji. |
Waktu Pejabat & Tugas Atas Panggilan |
|
8 |
Perkhidmatan Digitizing/Hardcopy/Softcopy |
Ruang Kerja |
24 jam |
|
9 |
Perkhidmatan Radiologi Mudah Gerak (Mobile) |
Perkhidmatan Radiografi Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Unit Forensik, dan Jabatan Kecemasan. Perkhidmatan Ultrasound Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan. Perkhidmatan Fluoroskopi Mudah Gerak (Mobile C-Arm) di Dewan Bedah Utama. |
24 jam |
Lokasi Pejabat/Unit
Jabatan Radiologi terletak di Aras 3 Blok Utama. Terdapat dua (2) pintu masuk ke jabatan:
- Pintu utama yang bersebelahan dengan klinik pakar boleh diakses melalui lif di blok pakar ke Aras 3. Pintu ini akan dibuka 24 jam.
- Pintu utama kedua berhampiran Jabatan Kecemasan dan lif blok utama akan dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
Waktu Operasi
8.00 pagi – 5.00 petang
Menjalankan kes-kes pemeriksaan radiografi am dan kes-kes elektif pemeriksaan radiografi khas termasuk kes kecemasan bagi pesakit-pesakit dari klinik pakar, wad-wad, Jabatan Kecemasan & Traumatologi dan Unit Forensik.
24 jam
Menjalankan kes-kes pemeriksaan radiografi am ank has termasuk kes kecemasan bagi pesakit-pesakit dari klinik pakar, wad-wad, Jabatan Kecemasan & Traumatologi dan Unit Forensik.
Direktori
|
Talian Utama |
: |
03-5526 3000 |
|
Jabatan Radiologi |
No. Sambungan |
|
Kaunter Pendaftaran |
3801/3802 |
Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025