Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, penyayang dan berkualiti.
- Memberikan perkhidmatan yang adil tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosio-ekonomi.
- Pendaftaran pesakit di klinik adalah mengikut temujanji berperingkat yang telah diberikan
- Rawatan akan diberikan mengikut tahap keterukan pesakit
- Maklumat berkenaan penyakit dan rawatan akan diberikan kepada pelanggan
- Kerahsian maklumat pelanggan adalah terjamin
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih and selamat di sediakan
Untuk membolehkan kami melaksanakan Piagam Pelanggan ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
- Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda
- Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang telah disediakan
- Mematuhi pelan perawatan yang diberikan
- Menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab
Jika ada masalah sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam melalui talian 03 55263000 atau 03 55264000