PENGENALAN
Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) adalah salah sebuah jabatan sokongan klinikal di Hospital Shah Alam. Jabatan ini terletak di aras 1 Zon A, besebelahan dengan Unit Perubatan Forensik dan Unit Kejuruteraan. Jabatan Dietetik dan Sajian mula beroperasi pada tahun 2016 dan terbahagi kepada dua (2) unit iaitu Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Sajian Makanan.
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal melibatkan penyampaian ‘Medical Nutrition Therapy’ (MNT) dalam membantu perawatan pesakit yang dirujuk.
- Perkhidmatan Sajian Makanan dijalankan secara outsource yang dilantik oleh Kerajaan. Anggota JDS akan menjalankan pemantauan ke atas syarikat ini bagi memastikan perkhidmatan sajian makanan yang diberikan mematuhi spesifikasi kontrak yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Untuk memberikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Sajian Makanan serta dilaksanakan secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
-
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal:
- Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam
- Perkhidmatan Sokongan Pemakanan Pesakit Dalam (oral dan tiub)
- Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar (Individu / Berkumpulan)
- Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar secara Multidisiplin
- Perkhidmatan Pendidikan Pemakanan Pesakit
- Aktiviti Peningkatan Pencapaian Kualiti
-
Perkhidmatan Sajian Makanan
- Menyediakan diet normal dan diet teraputik mengikut pesanan wad untuk wad diraja, kelas satu, dua, tiga, wad kanak-kanak, ibu menemani anak (MAC) dan termasuk pesakit di pusat rawatan harian, wad pemerhatian dan di unit hemodialisis.
- Menyediakan diet kelas satu untuk doktor bertugas atas panggilan (On-Call) dan paramedik bertugas di dewan bedah (OT) mengikut pekeliling terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Membekalkan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak dan memerlukan.
- Membekalkan produk susu enteral kepada wad berdasarkan pesanan.
- Membekalkan makanan untuk kes bencana/wabak penyakit berjangkit yang melibatkan perkhidmatan di HSAS.
- Pesakit yang berada di wad yang mengamalkan kepercayaan agama diberi pilihan untuk memesan diet tertentu (contoh: Diet Vegetarian)
WAKTU OPERASI DAN DIREKTORI JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN HSAS
Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025
