PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial (OMFS) terletak di Aras 5, Bangunan Klinik Pakar Hospital Shah Alam. Jabatan ini mula dibuka untuk rawatan pada bulan Januari tahun 2016. Bedah Mulut dan Maksilofasial merupakan bidang kepakaran yang fokus kepada kecederaan, ketumbuhan dan kecacatan bahagian kepala, leher, muka, rahang (Maksilofasial) dan bahagian mulut.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF JABATAN
MATLAMAT
Menyediakan penjagaan yang holistik dan menyeluruh yang merangkumi diagnosis, rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit dengan masalah Oral dan Maksilofasial serta pergigian dengan objektif untuk memulihkan fungsi, estetik dan meningkatkan kualiti hidup.
OBJEKTIF
- Menerima dan mengurus rujukan bagi semua masalah Oral dan Maksilofasial daripada klinik dan hospital kerajaan serta swasta untuk rawatan.
- Menyertai klinik bersepadu yang terdiri daripada Pakar Bedah Mulut, Pakar Pergigian dan Pakar Perubatan untuk rawatan pelbagai disiplin kepada pesakit mengikut keperluan.
- Menjadi pusat latihan bagi Pegawai Pergigian Tahun Pertama, Juruteknik Pergigian Pelatih dan Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih.
- Menyertai dan melaksanakan projek penyelidikan ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
PERKHIDMATAN:
- Rundingan dan Pemeriksaan.
- Rawatan Pembedahan.
- Rawatan Konservatif.
- Rawatan Prostetik.
- Patologi dan Perubatan Mulut.
- Pergigian Forensik.
- Pergigian Penjagaan Khas.
- Klinik Bersepadu.
- Pembelajaran Berterusan Profesional.
SKOP PERKHIDMATAN
- Kecemasan dan Trauma Mulut dan Maksilofasial (Oral and Maxillofacial Trauma).
- Jangkitan Mulut dan Maksilofasial (Oral and Maxillofacial Infection).
- Deformiti Oral dan Maksilofasial (Oral and Maxillofacial Deformities).
- Penyakit Perubatan Mulut dan Muka (Oral Medicine).
- Patologi dan Onkologi Mulut (Oral Pathology and Oncology).
- Pembedahan Rekonstruktif Mulut (Oral Reconstructive Surgery.
- Pembedahan Pre-Prostetik (Preprosthetic Surgery).
- Pembedahan Kecil Mulut dan Pembedahan Dentoalveolar (Minor Oral Surgery and Dentoalveolar Surgery).
- Penyakit Sendi Temporomandibular (Temporomandibular Joint Disorder).
- Implan Gigi, Implan Maksilofasial dan Prostetik (Dental and Maxillofacial Implant and Prosthesis).
- Rawatan Pergigian Untuk Pesakit dengan Masalah Perubatan (Dental Treatment for Medically Compromised Patient).
- Pendidikan dan Kaunseling pesakit dan keluarga. (Patient and Family Counselling and Education).
- Pergigian Forensik (Forensic Odontology).
- Pesakit Keperluan Khas (Special Needs Dentistry).
WAKTU OPERASI

HUBUNGI KAMI DI:
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial
Aras 5, Bangunan Klinik Pakar,
Hospital Shah Alam,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
No. Telefon : 03-55263289
Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025