Pengenalan
Jabatan Pergigian Pediatrik menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang menyeluruh kepada kanak-kanak dari peringkat bayi hingga remaja, termasuk mereka yang mempunyai keperluan penjagaan kesihatan khas. Klinik ini terletak di Tingkat 5, Blok Klinik Pakar Hospital Shah Alam. Ia berfungsi sebagai pusat rujukan sekunder bagi perkhidmatan pergigian pediatrik untuk Daerah Petaling, Negeri Selangor dan kawasan sekitarnya. Pesakit berumur bawah 16 tahun layak untuk menerima rawatan di klinik ini. Walaubagaimanapun, keutamaan diberi kepada golongan kanak-kanak yang mempunyai keperluan penjagaan kesihatan khas, dan kanak-kanak yang fobia dalam menerima rawatan pergigian.
Matlamat/ Objektif Jabatan
Matlamat:
- Selaras dengan visi, misi dan nilai teras hospital, matlamat perkhidmatan kami adalah:
- Memberikan rawatan pergigian pencegahan, diagnostik dan terapeutik yang boleh diukur, berkualiti tinggi dan kepada pesakit kami.
- Membantu pesakit mencapai tahap kesihatan mulut yang optimum melalui rawatan kuratif dan rehabilitatif serta strategi pencegahan yang berkesan mengikut keperluan individu.
- Meningkatkan akses kepada perkhidmatan pergigian pediatrik di Daerah Petaling dan kawasan sekitarnya, terutamanya bagi kanak-kanak dengan keperluan penjagaan kesihatan khas dan kanak-kanak yang fobiadalam menerima rawatan pergigian.
- Memastikan persekitaran klinik adalah selamat dan mesra kanak-kanak agar mereka berasa selesa menerima rawatan.
- Memastikan keselamatan pesakit dan kawalan jangkitan di dalam jabatan sentiasa terjaga.
- Bekerjasama dengan klinik pergigian primer, klinik kesihatan, dan organisasi komuniti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mulut kanak-kanak serta pencegahan penyakit mulut.
- Menyediakanlatihan berterusan dan pembangunan profesional untuk semua kakitangan agar sentiasa menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
- Berusaha menambah baik perkhidmatan dan hasil rawatan secara berterusan melalui penglibatan dalam inisiatif penambahbaikan kualiti dan penyelidikan.
Objektif
- Peratusan tahunan tampalan yang gagal dalam tempoh 6 bulan selepas rawatan pergigian menyeluruh di bawah bius am/umum hendaklah kurang atau sama dengan 2.5%.
- Peratusan tahunan pesakit yang mengalami karies aktif baru/ sekunder dalam tempoh 6 bulan selepas rawatan pergigian menyeluruh di bawah bius am/umum hendaklah kurang atau sama dengan 10%.
- Peratusan tahunan kecederaan tisu lembut mulut semasa pengendalian rawatan korona gigi dalam kalangan kanak-kanak hendaklah kurang atau sama dengan 10%.
- Peratusan suku tahunan pesakit yang menunggu ≤ 90 minit untuk berjumpa doktor di Klinik Pakar hendaklah dikekalkan/disasarkan pada 90% atau lebih.
- Meningkatkan akses kepada perkhidmatan pergigian pediatrik dengan memperluaskan perkhidmatan dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam/ kakitangan hospital mengenai perkhidmatan yang disediakan.
- Memantau pematuhan terhadap polisi pencegahan dan kawalan jangkitan, termasuk aktiviti yang disenaraikan dalam senarai semak audit.
- Menganjurkan aktiviti promosi kesihatan mulut secara kerjasama dengan klinik pergigian primer, klinik kesihatan atau organisasi komuniti sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Semua kakitangan perlu diberi peluang untuk menjalani latihan/ kursus minimum 5 hari setiap tahun.
- Melaksanakan sekurang-kurangnya satu inisiatif penambahbaikan kualiti dan penyelidikan setiap tahun.
Perkhidmatan yang disediakan
Perkhidmatan Pergigian Pediatrik Hospital Shah Alam merangkumi pengurusan masalah pergigian akut dan jangka panjang bagi:
- Kanak-kanak yang mengalami jangkitan oro-fasial akut dan kronik.
- Kanak-kanak yang mengalami trauma oro-fasial:
- Kecederaan pada tisu lembut oral dan peri-oral
- Kecederaan pada gigi susu atau kekal serta tulang alveolus
- Kanak-kanak yang mempunyai anomali pergigian
- Anomali dari segi bilangan, saiz, bentuk atau struktur gigi, contohnya gigi supernumerari, hipodontia, amelogenesis imperfecta dan dentinogenesis imperfekta
- Gangguan dalam proses pertumbuhan gigi
- Kanak-kanak yang mempunyai kesukaran pembelajaran dan keperluan khas (kurang upaya intelektual, fizikal dan deria) yang tidak dapat dirawat di klinik pergigian primer.
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan perubatan/ kompromi perubatan di mana rawatan pergigian di klinik pergigian primer boleh meningkatkan risiko.
- Kanak-kanak yang memerlukan rawatan pelbagai disiplin yang melibatkan pakar pergigian yang lain, contohnya hipodontia, gigi terimpak, gigi supernumerari, sumbing lelangit dan bibir.
- Kanak-kanak yang mempunyai anomali kraniofasial.
- Pembedahan minor dento-alveolar, contohnya gigi terimpak, gigi supernumerari, gigi dilaserasi, gigi infraoklusi.
- Karies gigi di kalangan kanak-kanak yang memerlukan rawatan pergigian kompleks, contohnya terapi pulpa, restorasi rumit/ “advance” dan/atau cabutan gigi berbilang
- Kes patologi mulut dan perubatan mulut dalam kalangan kanak-kanak, contohnya “ankyloglossia”, mukokel, lesi sista, tumor.
- Kanak-kanak yang tidak dapat/ kurang bekerjasama, cemas/ gelisah atau fobia di mana rawatan tidak dapat dilakukan/dilaksanakan di klinik pergigian primer.
- Gigi molar kekal pertama dengan prognosis jangka panjang yang lemah akibat karies atau hipomineralisasi molar insisor (MIH).
- Kehilangan permukaan gigi bukan akibat karies.
- Perubahan warna gigi.
- Ortodontik interseptif.
- Terapi pulpa untuk gigi susu dan gigi kekal yang belum matang.
- Pengurusan tabiat parafungsi seperti thumb sucking dan tongue -thrusting”
Waktu Operasi
|
Hari |
Waktu Operasi |
Waktu Rehat |
|
Isnin – Khamis |
8:00 pagi – 5:00 ptg |
1:00 ptg – 2:00 ptg |
|
Jumaat |
8:00 pagi – 5:00 ptg |
12:15 t/hari – 2:45 ptg |
|
Sabtu, Ahad, Cuti Umum |
Tutup |
Nota:
Sebarang kes-kes kecemasan di luar waktu operasi, sila hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Shah Alam.
Hubungi kami
Lokasi:
Tingkat 5, Blok Klinik Pakar
Hospital Shah Alam
Telefon:
03-55263000 ext 5502/ 5503
Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025