Pengenalan
Gol/Objektif Unit
Objektif Unit:
1) Menyediakan program kawalan dan pencegahan jangkitan yang berkesan dan efisien dalam mencegah serta mengawal jangkitan di hospital.
2) Memastikan semua kakitangan kesihatan memahami dan melaksanakan Hospital Infection Control Practices.
3) Mencegah, mengawal dan mengurangkan penyebaran healthcare-associated infection (HCAI) melalui pengawasan dan audit.
4) Meningkatkan kualiti penjagaan pesakit untuk mengurangkan kadar HCAI.
5) Memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan kakitangan mengenai langkah-langkah kawalan jangkitan melalui pendidikan berterusan.
Perkhidmatan yang disediakan
Unit Kawalan Infeksi (UKI) bertanggungjawab dalam membangunkan polisi dan prosedur berkaitan kawalan jangkitan di hospital; dan juga memberi nasihat klinikal dan sokongan kepada kakitangan kesihatan profesional, sokongan dan agensi luar berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan kawalan jangkitan. UKI memantau pematuhan terhadap dasar kawalan infeksi, termasuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan audit; memberi kesedaran kepada kakitangan melalui kursus dan bengkel yang dianjurkan; dan mengambil bahagian dan menyelaras kempen pendidikan berkaitan kawal infeksi.
Waktu operasi
8:00AM - 5:00PM
Hubungi kami:
- Lokasi: Unit Kawalan Infeksi, Perpustakaan, Aras 1
- Ext: 3310
Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025