PENGENALAN BAHAGIAN PSIKOLOGI KAUNSELING (BPsK)
Perkhidmatan psikologi kaunseling adalah merujuk kepada perkhidmatan yang melibatkan proses menolong secara sistematik dan berterusan. Proses ini berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi kaunseling. Bagi mencapai matlamat ini, perkhidmatan diberikan melalui pendekatan berteraskan ilmu psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi.
Perkhidmatan ini mensasarkan usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan dan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh.
OBJEKTIF JABATAN
- Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
- Meningkatkan pengetahuan kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara berterusan.
- Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang berkaitan
SKOP PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KAUNSELING BPsK HSAS
Pendekatan psikologi dan kaunseling memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan serta memastikan kesejahteraan mental warga kerja dan pesakit. Fokus utama perkhidmatan ini merangkumi:
- Penilaian Personel
Menggunakan ujian psikologi bagi membantu memahami minat, personaliti dan kompetensi pegawai dalam pemilihan, penempatan, serta pengurusan prestasi.
- Pembangunan Personel
Meningkatkan motivasi, kepuasan kerja, dan kemahiran psikologi melalui khidmat runding, pengurusan emosi, serta perubahan sikap dan set minda.
- Penyelidikan Psikologi
Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan motivasi kakitangan bagi memperbaiki sistem kerja dan pengurusan sumber manusia.
- Intervensi Psikologi
Membantu individu mengurus masalah dengan lebih berkesan melalui sesi kaunseling (kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling keluarga & perkahwinan), program kaunseling, pementoran dan sokongan rakan sekerja.
Perkhidmatan psikologi kaunseling BPsK selari dengan visi dan misi HSAS untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang holistik, berkualiti dan mesra pesakit. Sekaligus menyokong kesejahteraan mental warga kerja serta komuniti hospital.
WAKTU OPERASI
Perkhidmatan psikologi kaunseling beroperasi pada waktu pejabat (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) mengikut negeri Selangor.
|
HARI |
MASA |
MASA |
|
Isnin – Khamis |
8.00 am – 01.00 pm |
2.00 pm – 5.00 pm |
|
Jumaat |
8.00 am – 12.15 pm |
2.45 pm – 5.00 pm |
- Setiap klien yang dirujuk perlu diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh rujukan diterima.
- Setiap sesi kaunseling individu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 30 minit manakala kaunseling kelompok/ keluarga dan perkahwinan adalah sekurang- kurangnya 60 minit.
HUBUNGI KAMI:
- Lokasi klinik: Aras 1, Hasil Klinik Pakar, Bilik No.6
- No telefon kaunter klinik: 2412
Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai
Tarikh dikemaskini: 13 Sep 2025