PENGENALAN
Jabatan Kerja Sosial Perubatan merupakan unit sokongan profesional dalam sistem kesihatan yang berperanan utama memberi bantuan praktik dan terapi sokongan kepada pesakit serta keluarga. Peranan ini meliputi usaha menangani pelbagai isu sosial semasa yang berkaitan dengan dinamika keluarga, persekitaran, kefungsian sosial dan kemampuan kewangan pesakit.
Selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin kompleks, jabatan ini menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif dan relevan dengan cabaran semasa. Pendekatan yang digunakan berlandaskan model biopsikososial, iaitu satu pendekatan antara disiplin yang melihat kesihatan dan penyakit sebagai hasil interaksi faktor biologi, psikologi dan sosial. Melalui pendekatan ini, pesakit dilihat secara holistik, bukan sekadar dari aspek perubatan semata-mata.
Bagi memastikan keberkesanan intervensi, Jabatan Kerja Sosial Perubatan menekankan penglibatan multidisiplin merangkumi pelbagai profesion dalam bidang kesihatan. Pendekatan bersepadu ini penting bagi menjamin objektif perkhidmatan dapat dicapai secara optimum, seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga
OBJEKTIF JABATAN
- Memberi perkhidmatan psikososial yang berasakan prinsi[-prinsip kerja sosial bagi membantu mengatasi masalah sosial pesakit seiring dengan konsep rawatan komprehensif
- Membantu pesakit meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif serta berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Bantuan Praktik
Bantuan Praktik adalah bantuan yang tertumpu kepada kerja sosial dan penyelesaian masalah. Antara bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
- Penilaian Sosio Ekonomi
- Perancangan Discaj
- Mengesan Waris
- Penempatan Institusi/Perlidungan
- Bantuan Kewangan
- Bantuan Alat/Implan
Bantuan Terapi Sokongan
Terapi sokongan adalah berhubung dengan isu emosi dan psikologi pesakit yang dijalankan melalui teknik intervensi dan perundingan bagi kes-kes berikut:
- Pesakit Kronik/Paliatif
- Ibu Tanpa Nikah
- Mangsa Rogol
- Keganasan Rumah Tangga
- Penderaan/Pengabaian Kanak-Kanak
- Masalah Tingkah Laku
- Ketagihan Dadah/Alkohol
- Masalah Mental
- Pesakit HIV/AIDS
WAKTU OPERASI
|
HARI |
WAKTU PERKHIDMATAN |
WAKTU REHAT |
|
ISNIN-KHAMIS |
8.00 AM-1.00 PM 2.00 PM-5.00 PM |
1.00 PM-2.00 PM |
|
JUMAAT |
8.00 AM -12.15 PM 2.45 PM-5.00 PM |
1.00 PM-2.00 PM |
|
SABTU, AHAD & CUTI UMUM |
CUTI |
CUTI |
HUBUNGI KAMI
-LOKASI KLINIK
Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Shah Alam terletak di Bangunan Kompleks Klinik Pakar, Tingkat bawah di Bahagian Pendaftaran Unit Hasil Klinik Pakar, bersebelahan dengan Unit Psikologi Kaunseling.
-NO.TELEFON KLINIK
03-5526 3000 samb 2407 (Kaunter JKSP)
Tarikh dikemaskini: 13 Sep 2025