faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Farmasi

 

PENGENALAN

Jabatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan di bawah Direktorat Penyelidikan dan Sokongan Klinikal dan diselia oleh Timbalan Pengarah Perubatan (II). Jabatan ini terdiri daripada 6 unit utama iaitu Farmasi Ambulatori, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Klinikal, Farmasi Logistik, Farmasi Pengeluaran serta Farmasi Pusat Sumber dan Maklumat. 

Perkhidmatan Farmasi memberi tumpuan kepada memberi kemudahan kepada pesakit bagi mendapatkan rawatan, melaksanakan aktiviti amalan penjagaan farmaseutikal yang optima dan berkesan, di samping menyumbang kepada perbelanjaan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan yang optimum.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan farmasi yang sistematik, dinamik, dan komprehensif kepada pelanggan
  • Memastikan bekalan ubat yang selamat, berkualiti, dan berkesan.
  • Memberikan rawatan farmaseutikal yang terbaik kepada pesakit melalui perkhidmatan farmasi klinikal yang kompeten
  • Memastikan perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan bukan ubat kepada hospital diurus dengan integriti, cekap, dan telus.
  • Memastikan pendidikan dan latihan yang berterusan untuk kakitangan disediakan disamping memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik.
  • Memastikan penglibatan jabatan farmasi dalam penyelidikan dan pembangunan bersepadu disamping menyediakan perkhidmatan farmasi yang berkualiti tinggi.

 

PERKHIDMATAN DAN RAWATAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan Farmasi Hospital Shah Alam terdiri daripada enam (6) unit dan beberapa sub-unit dengan fungsi utama yang tersendiri iaitu:

  1. FARMASI PESAKIT DALAM (FARMASI BEKALAN WAD, FARMASI SATELIT 1 DAN FARMASI SATELIT 2):
  • Membekalkan ubat kepada pesakit dalam wad dan pesakit discaj
  • Membekalkan ubat floor stock wad/ klinik/ unit berkenaan
  • Menjalankan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan alat peranti (secara individu atau berkumpulan) serta bedside dispensing.
  1. FARMASI AMBULATORI (FARMASI KLINIK PAKAR, FARMASI KECEMASAN):
  • Membekalkan ubat kepada pesakit luar termasuk pembekalan melalui Perkhidmatan Farmasi Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services, VAS) seperti lokar ubat, ubat melalui pos (UMP) dan Farmasi Park&Take
  • Menjalankan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan alat peranti (secara individu atau berkumpulan) bagi pesakit luar.
  • Meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan melalui perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), Thalassemia Extended Counseling (TEC) dan Home Medication Review (HMR)
  1. FARMASI KLINIKAL:
  • Mengambil sejarah ubat-ubatan dan rekonsiliasi ubat-ubatan pesakit semasa kemasukan ke wad (CP1) .
  • Menjalankan pharmacotherapy review (CP2).
  • Menjalankan perkhidmatan pemonitoran farmakokinetik klinikal ubat-ubatan (Therapeutic Drug Monitoring, TDM)
  1. FARMASI LOGISTIK:
  • Menguruskan perolehan, penerimaan, penyimpanan dan pembekalan ubat, bukan ubat, gas perubatan dan barang domestik
  1. FARMASI PENGELUARAN (Steril dan Bukan Steril):
  • Menyedia dan membekalkan sediaan steril (Parenteral Nutrition, PN) dan sediaan bukan steril
  • Membungkus semula sediaan farmaseutikal yang diperoleh secara pukal
  1. FARMASI PUSAT SUMBER DAN MAKLUMAT (PRIC):
  • Mengendalikan pertanyaan mengenai ubat-ubatan
  • Mengendalikan dan menyelaras mesyuarat berkaitan jabatan dan latihan anggota
  • Mengendalikan aduan produk, laporan kesan advers ubat (Adverse Drug Reaction, ADR) dan permohonan kad alahan ubat.
  • Menguruskan permohonan ubat-ubatan yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (Ubat Kelulusan Khas, UKK)
  • Mengemaskini formulari ubat Hospital Shah Alam.

 

LOKASI DAN DIREKTORI JABATAN FARMASI, HSAS

 

SUBUNIT FARMASI

LOKASI

NO SAMB.

CATATAN

WAKTU OPERASI

FARMASI KLINIK PAKAR

ARAS 1

1707/1708/1709/

1710

KLINIK PAKAR

WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT):

7.30 AM – 5.30 PM)

(TUTUP: SABTU, AHAD & CUTI UMUM)

FARMASI LOGISTIK

ARAS 1

1605/1607/1608

MENGURUSKAN PENSTORAN UBAT DAN BUKAN UBAT

WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT :

8.00 AM – 5.00 PM)

(TUTUP SABTU, AHAD & CUTI UMUM)

[REHAT]

a)    ISNIN-KHAMIS (1 PM – 2 PM)

b)    JUMAAT (12.15 PM – 2.45PM)]

FARMASI BEKALAN WAD

ARAS 2

3505/3509

NICU, ICU, HDW, CCU,  Multidiscipline (MDW L3)

a)            WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT :

7.30 AM – 8.00 PM)

b) SABTU – AHAD & CUTI UMUM :

10.00 AM – 8.00 PM

[REHAT]

a)      ISNIN-KHAMIS (1 PM – 2 PM)

b)      JUMAAT (12.15 PM – 2.45PM)]

FARMASI PUSAT SUMBER & MAKLUMAT (PRIC)

ARAS 2

3503

PERTANYAAN UBAT DAN BERKAITAN

a)       WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT :

8.00 AM – 5.00 PM)

(TUTUP SABTU, AHAD & CUTI UMUM)

[REHAT]

a)  ISNIN-KHAMIS (1 PM – 2 PM)

b) JUMAAT (12.15 PM – 2.45PM)]

FARMASI KLINIKAL & TDM

ARAS 2

3504

PERTANYAAN UBAT, KAUNSELING, TDM DAN BERKAITAN

-

WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT :

8.00 AM – 5.00 PM)

(TUTUP SABTU, AHAD & CUTI UMUM

[REHAT]

a)    ISNIN-KHAMIS (1 PM – 2 PM)

b)    JUMAAT (12.15 PM – 2.45PM)]

FARMASI PENGELUARAN (ASEPTIK & BUKAN ASEPTIK)

ARAS 2

3508

PERTANYAAN UBAT TPN DAN BERKAITAN

WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT :

8.00 AM – 5.00 PM)

(TUTUP SABTU, AHAD & CUTI UMUM*

*HUBUNGI TPN PHARMACIST ONCALL

[REHAT]

c)    a) ISNIN-KHAMIS (1 PM – 2 PM)

d)    b) JUMAAT (12.15 PM – 2.45PM)]

FARMASI KECEMASAN

ARAS 3

3713

PESAKIT DISCAJ DARI ED

24 JAM

FARMASI SATELIT 2

ARAS 5

5320/ 5321

8A, 8B, Multidiscipline L6, DAYCARE

WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT :

8.00 AM – 5.00 PM)

(TUTUP SABTU, AHAD & CUTI UMUM

[REHAT]

e)    a) ISNIN-KHAMIS (1 PM – 2 PM)

b) JUMAAT (12.15 PM – 2.45PM)]

FARMASI SATELIT 1

ARAS 11

7304/7307/7308

PAEDS (12), Ortopedik(11),

Multidiscipline L13, 10A, ISO 10B, PERUBATAN 9A, ISO 9B,

WAKTU BERKERJA (ISNIN – JUMAAT :

8.00 AM – 5.00 PM)

(TUTUP SABTU, AHAD & CUTI UMUM)

 

 Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025