PENGENALAN
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Shah Alam telah ditubuhkan pada tahun 2016 di bawah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal). CRC berfungsi sebagai pusat sehenti bagi semua aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Hospital Shah Alam.
OBJEKTIF
1. Menyelaras aktiviti penyelidikan dengan meningkatkan kapasiti penyelidikan secara berterusan bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Menubuhkan sebuah institusi penyelidikan yang dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa.
GOL
Menjadi sebuah institusi klinikal yang menggalakkan penyelidikan klinikal yang berkualiti tinggi, berimpak tinggi dan beretika, serta mampu meningkatkan hasil kesihatan pesakit.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Skop perkhidmatan CRC merangkumi fungsi utama CRC hospital seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 4/2011:
Penyelidikan Klinikal dan Jaringan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di Hospital serta Penubuhan Jawatankuasa Penyelidikan Peringkat Negeri.
Perkhidmatan perundingan penyelidikan yang disediakan bukan sahaja untuk penyelidik Hospital Shah Alam, tetapi juga terbuka kepada penyelidik dari fasiliti KKM lain serta agensi luar KKM.
WAKTU OPERASI
Hari bekerja (Isnin - Jumaat): 8.00 pagi - 5.00 petang
Waktu rehat:
Isnin - Khamis: 1.00 tengah hari - 2.00 petang
Jumaat: 12.15 tengah hari - 2.45 petang
Tutup : Hujung minggu & Cuti umum
HUBUNGI KAMI
Lokasi: Aras 2, Blok Pentadbiran, Hospital Shah Alam
No. Telefon: 03-5526 3309 / 1304 / 1305 / 1306
Tarikh dikemaskini: 7 Ogos 2025