PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat telah ditubuhkan pada Mac 2013 dan diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan dua orang Juruteknik Komputer.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan kecekapan pengurusan ICT bagi menyokong keperluan strategik Hospital Shah Alam serta membudayakan ICT dikalangan warganya.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
-
Penyenggaraan
a. Mengurus, menyenggara dan menyelaras infrastruktur ICT hospital.
b. Mengurus dan menyenggara rangkaian.
c. Memantau aplikasi sistem.
-
Bantuan Teknikal
a. Mengurus bantuan dan sokongan teknikal iaitu Sokongan Level Pertama dan Meja Bantuan berkaitan peralatan, perisian, aplikasi dan rangkaian ICT.
-
Perancangan
a. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus ICT kepada warga Hospital Shah Alam.
b. Merancang dan melaksanakan perolehan ICT.
c. Merancang infrastuktur rangkaian seluruh hospital.
d. Merancang keperluan alat ganti.
-
Pembangunan
a. Mengurus dan memantau sistem aplikasi dalaman mengikut kepada keperluan semasa/jabatan/unit.
b. Menaiktaraf dan menambahbaik infrastruktur rangkaian mengikut keperluan.
-
Pengurusan
a. Mengurus dan memantau emel anggota.
b. Mengurus dan memantau asset ICT.
Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025