faqhubungimaklumbalaspeta

Bahagian Perolehan & Aset

PENGENALAN UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET

 

Unit Perolehan dan Aset adalah salah satu unit yang terdapat di dalam Jabatan Pengurusan. Jabatan Pengurusan ditadbir oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan), Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M12 dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Kanan, PTD gred M10. Unit Perolehan dan Pengurusan Aset mempunyai dua (2) seksyen utama iaitu Seskyen Perolehan dan Seksyen Pengurusan Aset dan diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir gred N7. 

 

Seksyen Perolehan diketua oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir gred N6, dibantu oleh dua (2) orang Penolong Pegawai Tadbir gred N5, seorang Pembantu Tadbir (P/O) gred N2 dan Pembantu Tadbir (P/O) gred N1. Manakala Seksyen Pengurusan Aset diketuai oleh Penolong PegawaiTadbir gred N6, dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (P/O) gred N2, Pembantu Tadbir (P/O) gred N1 dan seorang Pembantu Khidmat Am gred H1.

 

OBJEKTIF JABATAN PENGURUSAN

 

  1. Meningkatkan Kecekapan Operasi:

        Memastikan semua proses pengurusan berjalan dengan lancar dan cekap untuk menyolong perkhidmatan klinikal dan bukan klinikal.

  1. Pengurusan Sumber Manusia:

        Menguruskan sumber manusia dengan berkesan, termasuk latihan, pembangunan dan pengekalan kakitangan yang kompeten dan beretika.

  1. Pengurusan Kewangan:

        Menguruskan kewangan hospital dengan telus dan berkesan untuk memastikan penggunaan sumber yang optimum dan berhemat.

  1. Peningkatan Kualiti Perkhidmatan:

        Memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti tinggi, selamat dan memenuhi keperluan pesakit serta kaitangan.

  1. Pengurusan Infrasturktur dan Fasiliti:

        Menguruskan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur serta fasiliti hospital untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif.

  1. Pengurusan Komunikasi:

        Menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada media, pesakit dan orang awam mengenai aktiviti, acara dan perkembangan di hospital.

  1. Pematuhan Peraturan dan Dasar:

        Memastikan semua aktiviti pengurusan mematuhi peraturan, dasar dan standard yang ditetapkan bagi perkhidmatan awam.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

Unit Perolehan & Aset juga bertanggungjawab memantau serta melaksanakan aktiviti seperti berikut:

  • Menguruskan permohonan perolehan bagi pembelian terus, sebut harga dan tender serta lain-lain urusan perolehan mengikut keperluan;
  • Melaksanakan pengurusan aset alih jabatan sepertimana yang digariskan di dalam pekeliling yang berkuatkuasa dengan efektif, efisien dan bersistematik meliputi proses pendaftaran, pelupusan serta hapus kira bagi kes kehilangan;
  • Melaksanakan pengurusan stor jabatan sepertimana yang digariskan di dalam pekeliling yang berkuatkuasa dengan efektif, efisien dan bersistematik bagi membolehkan penggunaan stor yang optimum;
  • Menguruskan permohonan penerimaan hadiah kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor;
  • Memastikan pelaksanaan Integrity Pact bagi setiap proses perolehan dibuat; dan
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat hospital.

 

Tarikh dikemaskini: 13 Sep 2025