faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Ortopedik

 

PENGENALAN

Jabatan Ortopedik mula beroperasi di Hospital Shah Alam pada 05.10.2015 dengan pembukaan Klinik Pesakit Luar. Perkhidmatan pesakit dalam (wad ortopedik) memulakan beroperasi pada 4 Januari 2016 dengan hanya satu wad sahaja (wad 11) dan diikuti perkhidmatan dewan bedah pada 11 Januari 2016.

Kini Jabatan Ortopedik beroperasi dengan Klinik Pesakit Luar, Wad Lelaki (Wad 11), Wad Perempuan Surgikal Multidisiplin (Wad 6) serta dua Perkhidmatan Dewan Bedah Elektif, Dewan Bedah Kecemasan (berkongsi dengan jabatan lain) dan Dewan Bedah Harian.

Jabatan Ortopedik merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan perawatan tulang di Hospital Shah Alam dengan menawarkan perkhidmatan seperti perundingan, membuat diagnosa, rawatan pembedahan dan perawatan lanjutan dengan profesional dan komprehensif seperti perawatan awal, konservatif bagi pesakit-pesakit yang mengalami penyakit, kecederaan dan masalah-masalah yang berkaitan sistem musculoskeletal.

Perkhidmatan Ortopedik kini diketuai oleh Dr. (Mr) Mohd Hijaz bin Zainudin  bersama 4 orang Pakar Ortopedik, 20 orang Pegawai Perubatan, 8 orang Penolong Pegawai Perubatan, 39 orang Jururawat, 11 orang Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang Pembantu Tadbir yang menjadi tulang belakang dalam perkhidmatan ortopedik di Hospital Shah Alam.

 

GOL / OBJEKTIF JABATAN

Gol

  • Jabatan Ortopedik Shah Alam beriltizam untuk mencapai masa depan di mana ia akan:
  • Menyampaikan penjagaan pesakit yang berkualiti tertinggi, dengan memastikan kecemerlangan, keselamatan dan belas ihsan dalam setiap interaksi.
  • Menggalakkan program klinik berorientasikan pesakit dan berasaskan proses bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lancar, kos efektif, efisien dan mesra.
  • Memperkasa pendidikan ortopedik melalui Pendidikan Perubatan Berterusan (CME), penganjuran kursus, seminar, dan bengkel latihan kemahiran.
  • Menggalakkan serta menyokong penyelidikan klinikal, memupuk inovasi dan mengintegrasikan idea baru dalam amalan klinikal harian demi penambahbaikan berterusan.

Objektif

  • Memberikan perkhidmatan ortopedik yang efisien dan berkualiti tinggi bagi memenuhi jangkaan pesakit.
  • Mewujudkan tenaga kerja yang prihatin, profesional dan berdedikasi.
  • Menjadi Pusat Latihan yang diiktiraf untuk Paramedik, Pegawai Perubatan Siswazah, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Master Ortopedik, pakar ortopedik yang sedang dalam proses pendaftaran rasmi, serta perkhidmatan subkepakaran.
  • Memberikan penjagaan perubatan secara holistik yang merangkumi pendidikan pesakit dan pemulihan.
  • Mewujudkan latihan berterusan untuk semua kategori staf melalui pembangunan profesional berterusan (CPD).

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan menyediakan penjagaan berkualiti dalam bidang:

  • Ortopedik Am
  • Trauma
  • Arthroplasti
  • Pembedahan Arthroskopi
  • Tulang Belakang
  • Ortopedik Pediatrik
  • Perubatan Sukan

Perkhidmatan klinikal yang ditawarkan:

  • Perkhidmatan Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Pembedahan elektif
  • Pembedahan kecemasan
  • Pembedahan harian (daycare surgery)
    (Jabatan menyediakan perkhidmatan pada waktu pejabat dan juga perkhidmatan kecemasan 24 jam).
  • Pendidikan Kesihatan Pesakit.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Klinik Pakar - Isnin hingga Jumaat
  • Wad Ortopedik - Setiap hari termasuk hari cuti umum
  • Dewan Bedah Kecemasan - 24 jam, 7 hari seminggu
  • Dewan Bedah Elektif - Isnin hingga Jumaat
  • Dewan Bedah Harian - Setiap hari Selasa. 

 

HUBUNGI KAMI

  • Klinik Pakar aras 3
  • Wad Ortopedik Lelaki - Aras 11
  • Wad Ortopedik Perempuan - Aras 6
  • Nombor Telefon Klinik : 4001/4002

 

 Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025