faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Pediatrik

Pengenalan

Jabatan Pediatrik Hospital Shah Alam menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan penyakit akut dan kronik kepada kanak-kanak. Perkhidmatan ini merangkumi kes- kes perawatan bayi yang baru lahir sehingga kanak-kanak yang berusia 12 tahun . Untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 18 tahun, mereka akan dirawat mengikut keperluan penyakit masing- masing.

Bagi khidmat pesakit dalam dan pesakit luar, kami menyediakan kepakaran perubatan pediatrik          ‘ secondary’ , manakala bagi pesakit neonate( bayi yang baru lahir sehingga berusia 28 hari), kepakaran perubatan pediatrik yang ditawarkan adalah ‘ tertiary’.

Gol

Memberikan penjagaan berkualiti tinggi yang merangkumi semua aspek promosi kesihatan, pencegahan, diagnosis, rawatan terkini dan rehabilisasi kepada semua kanak-kanak berumur bawah 12 tahun .

Objektif

a. Menggalakkan aktiviti Pembangunan Profesional Berterusan dalam kalangan staf kami.
b. Menambah baik keselamatan pesakit melalui aktiviti penambahbaikan kualiti.
c. Mempertingkat komunikasi dan perkongsian maklumat dengan profesional kesihatan dari jabatan lain.

Perkhidmatan yang disediakan:

i. Memberi rawatan pesakit dalam di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) bagi bayi-bayi baru lahir sehingga umur 28 hari (neonate), yang merangkumi penjagaan intensif bagi neonate yang memerlukan mesin bantuan pernafasan, rawatan susulan bagi kes yang dirujuk dari luar dan neonate yang dilahirkan di Hospital Shah Alam dan juga melakukan rujukan kepada sub-kepakaran untuk neonate mengikut keperluan.

ii. Memberi rawatan pesakit dalam bagi pesakit berumur 29 hari hingga 12 tahun dan sehingga 18 tahun bagi kes-kes tertentu. Rawatan ini termasuklah merawat penyakit akut dan kronik, melakukan rujukan kepada sub-kepakaran dan jabatan-jabatan lain mengikut keperluan dan juga membuat pemeriksaan dan pemantauan untuk kanak-kanak yang disyaki terbiar atau teraniaya.

iii. Memberi rawatan untuk pesakit luar di Klinik Pediatrik bagi kes yang dirujuk dari klinik kesihatan atau hospital lain dan kes yang memerlukan rawatan susulan selepas discaj dari wad.

iv. Melakukan pemeriksaan saringan kesihatan untuk bayi-bayi baru lahir di wad postnatal disamping memberi pendidikan kesihatan kepada ibu bapa mengenai penjagaan neonate.

v. Menerima rujukan daripada jabatan-jabatan lain samada pesakit dalam di wad-wad selain wad kanak-kanak atau pesakit di Jabatan Kecemasan, untuk membantu dalam perawatan pesakit kanak-kanak.

vi. Memberi rawatan di Unit Rawatan Harian untuk pesakit Talasemia yang memerlukan transfusi darah, kanak-kanak yang memerlukan sedasi untuk prosedur radiologi dan kanak-kanak yang memerlukan pemantauan atau prosedur ringan yang lain.

 

Waktu operasi

Pesakit dalam : 24 jam

Pesakit luar dan pesakit unit rawatan harian :

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

Waktu Rehat    : 1.00 petang hingga 2.00 petang (Isnin - Khamis)

                           12.45 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat)

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am : Tutup

 

Hubungi kami

  • Klinik Pakar Pediatrik, Bangunan Klinik Pakar Aras 4
  • No telefon kaunter klinik : 03 5526 3000 sambungan 4701/4702

 

Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025