faqhubungimaklumbalaspeta

Jabatan Rekod Perubatan

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Shah Alam yang terletak di aras 1 bersebelahan Unit Hasil merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan penyimpanan Rekod Perubatan Pesakit (RPP) secara berpusat di Hospital Shah Alam. Jabatan ini juga bertanggungjawab di dalam pengurusan permohonan laporan perubatan, penyediaan laporan bagi  kes-kes  medikolegal  dan  juga  laporan  untuk  pelbagai  tujuan  lain.  Jabatan  Rekod Perubatan juga merupakan pusat untuk pengumpulan data dan penyediaan statistik bagi Hospital Shah Alam.

 

Matlamat

Memastikan pengurusan rekod perubatan dilaksanakan secara cekap, teratur dan mematuhi garis masa yang ditetapkan merangkumi penyediaan laporan perubatan, penghantaran rekod pesakit serta pemprosesan permohonan lembaga perubatan selaras dengan standard perkhidmatan kesihatan yang ditetapkan.

 

Objektif

a)  Menyediakan perkhidmatan yang selesa, efektif dan mencukupi kepada orang awam.

b)  Sentiasa menambah baik dan menaik taraf kualiti penjagaan dan pengurusan rekod perubatan.

c)  Menyediakan statistik hospital dan maklumat berkaitan pesakit yang tepat.

 

Perkhidmatan yang disediakan

  •         Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP)
  •         Penyediaan Data dan Statistik Rekod Perubatan
  •         Penyediaan laporan perubatan

 

Permohonan Laporan Perubatan.

Jenis-jenis Laporan Perubatan:

  •        Laporan Perubatan Biasa/Pakar/Pakar Terperinci.
  •        Borang PERKESO.
  •        Borang Buruh 90.
  •        Borang Tuntutan Insuran.
  •        Borang KWSP.
  •        Lain – lain borang yang berkaitan.

 

Makluman:

Proses permohonan laporan perubatan mengambil masa 28 hari bekerja tidak termasuk sabtu, ahad dan cuti umum. Sebarang pertanyaan berkaitan Laporan Perubatan sila hubungi kami melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cara Permohonan:

Permohonan Laporan Perubatan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu melalui kurier kepada Jabatan

Rekod Perubatan atau hadir ke kaunter. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

i.    Borang permohonan laporan perubatan yang lengkap diisi - muat turun borang. ii.    Surat kebenaran yang ASAL daripada pesakit/waris.

iii.    Salinan Kad Pengenalan pesakit. iv.    Salinan kad temujanji.

v.    Salinan laporan polis/surat majikan (kes kemalangan). vi.    Salinan cuti sakit.

vii.    Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga yang sah (bagi pesakit bawah 18 tahun). viii.    Salinan sijil kelahiran (bagi pesakit bawah 18 tahun).

ix.    Borang yang berkaitan seperti borang insuran, PERKESO, Buruh 90, KWSP dan lain –

lain.

Permohonan daripada pihak ketiga, perlu sertakan bukti pertalian seperti berikut:

i.    Salinan Kad Pengenalan pemohon ii.    Salinan sijil nikah (suami isteri).

iii.    Salinan sijil kelahiran (anak/adik beradik). iv.    Dokumen pengesahan anak angkat.

Permohonan bagi pesakit yang telah meninggal dunia:

1.  Salinan Kad Pengenalan pemohon.

2.  Salinan sijil kematian.

3.  Salinan   dokumen   yang   membuktikan   pertalian/hubungan   (contoh   sijil   lahir,sijil perkahwinan atau dokumen lain yang berkaitan)

4.  Kebenaran secara bertulis daripada kedutaan bagi warganegara asing yang tiada waris. Nota: Surat kebenaran dalam bentuk digital atau salinan tidak akan diterima.

 

Bayaran Permohonan Laporan Perubatan.

Bayaran yang dikenakan adalah merujuk kepada Akta Perintah Fi 1951 dan Perintah Fi (Perubatan) Pindaan 2016 kecuali permohonan bagi Jabatan Radiologi. Bayaran boleh dibuat secara tunai di Kaunter Unit Hasil atau melalui cek syarikat / kiriman wang pos ke atas nama “Pengarah Hospital Shah Alam”.

Jadual bayaran laporan perubatan

 

Jenis Laporan

Warganegara

Bukan Warganegara

Laporan Perubatan

RM40.00

RM120.00

Laporan Ringkas Pakar.

RM80.00

RM240.00

Laporan Perubatan Terperinci Pakar

*Bergantung kepada kerumitan menyediakan Laporan Perubatan     

 * RM200.00  - RM1000.00  

 * RM400.00 - RM2000.00  

 

 Muat Turun Borang Permohonan Laporan Perubatan. (link download borang)

 

Waktu Operasi.

Isnin –Khamis

8.00am – 5.00pm

Waktu rehat : 1.00pm – 2.00pm

Jumaat

8.00am – 5.00pm

Waktu rehat : 12.15pm – 2.45pm

Ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

 

Hubungi Kami.

JABATAN REKOD PERUBATAN, ARAS 1, HOSPITAL SHAH ALAM, PERSIARAN KAYANGAN, SEKSYEN 7,

 40000 SHAH ALAM.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

03-5526 3000 EXT : 1501

 

Tarikh dikemaskini: 11 Ogos 2025