Untuk makluman pihak tuan/puan, caj bayaran parkir Hospital Selayang akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Selain itu, bagi melancarkan aliran trafik pada waktu puncak, terdapat beberapa perubahan akan dilaksanakan seperti berikut:
a) Perubahan Lokasi
Palang di Lokasi A akan diubah ke Lokasi B (bersebelahan Cafe) bagi melancarkan aliran trafik di waktu puncak
b) Perubahan Aliran Trafik Di Laluan Utama
Aliran trafik di laluan utama akan diubah dan terbahagi seperti di lampiran.
Kesulitan yang dihadapi tuan/puan amatlah dikesali
*sebarang perubahan akan dimaklum dari semasa ke semasa



Research Center
Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.
Selain itu, Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan.
Oleh itu, KKM akan melaksanakan bayaran tanpa tunai (cashless) mulai 1 Oktober 2022.
Walau bagaimanapun, bayaran secara tunai MASIH DITERIMA sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad ATM/debit atau kad kredit atau e-dompet.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bertempat di Dewan Bankuet 2 Aras 1, MBSA Convention Centre, 18 Julai 2022.
Sekalung apresiasi dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua Penerima APC Hospital Selayang tahun 2021
Semoga anugerah ini dapat menjadi dorongan dan semangat untuk terus kekal cemerlang dan meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan di Hospital Selayang.

Penilaian pelanggan amat penting dalam membantu pihak Hospital mengenal pasti aspek perkhidmatan dan kemudahan yang perlu ditambah baik dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya
Terima kasih atas kerjasama anda

Untuk makluman, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) akan mengadakan membuka Perkhidmatan Zakat On Wheels di Hospital Selayang seperti tetapan berikut:
Masa : 10 pagi -3 petang (Kaunter akan dibuka setiap minggu (Hari Selasa) sehingga bulan November 2022)
Lokasi: Tapak Parkir, Perkarangan Hospital
Zakat On Wheels menyediakan perkidmatan seperti:
1. Khidmat Nasihat Zakat
2. Taksiran Zakat
3. Pembayaran Zakat
4. Permohonan Bantuan Zakat
Marilah kita bersama-sama membayar zakat untuk kesejahteraan hari esok
#zakatselangor
#selayangresilient
#selayangcenterofexcellence
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Lembaga Zakat Selangor

