Teknologi Maklumat
Visi
Menjadikan Hospital Selayang sebagai hospital ICT melalui pelaksanaan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara menyeluruh dan bersepadu bagi menyokong perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cekap dan berkualiti
Misi
Memperkasa perkhidmatan digital secara optimum ke arah kelestarian penyampaian digital secara holistik
Objektif Jabatan Teknologi Maklumat
1. Untuk meningkatkan perkhidmatan dan fungsi hospital melalui penggunaan teknologi maklumat (ICT)
2. Mewujudkan sistem ICT yang bersepadu untuk membolehkan hospital menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap dan berkesan
3. Menjaga infrastruktur ICT secara berterusan untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang boleh mengganggu perkhidmatan
4. Memberikan latihan semula dan latihan ICT kepada staf hospital.
1. Memastikan keselamatan sistem aplikasi, rangkaian dan data sentiasa terjamin.
2. Memastikan laman web rasmi Hospital Selayang sentiasa dikemaskini dan boleh dicapai sepanjang masa.
3. Memastikan akaun-akaun pengguna diwujudkan dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja selepas permohonan diterima.
4. Menyelesaikan aduan pengguna berdasarkan SLA yang telah ditetapkan di dalam kontrak Pengoperasian dan Penyelenggaraan.
5. Menyediakan latihan penggunaan sistem kepada staf baru dalam tempoh sebulan selepas melapor diri.
6. Memastikan permohonan keperluan infrastruktur ICT baharu yang dipohon oleh pengguna disediakan dalam tempoh seminggu selepas semua keperluan berkaitan disediakan.
![]() |
![]() |
![]() |