Sekretariat Kualiti
Sekretariat Kualiti Hospital Selayang telah beroperasi pada tahun 1999 dan menunjukkan prestasi yang memuaskan dan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. Sekretariat ini diketuai oleh Pengarah Hospital dan diselaraskan oleh Pengurus Kualiti Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Perubatan) dan dibantu oleh seorang Ketua Jururawat U32 yang menjaga Sekretariat Kualiti, tiga orang Jururawat Terlatih U29 dan seorang Pembantu Tadbir N17. Sekretariat Kualiti menggunakan Visi dan Misi Hospital Selayang sebagai panduan perlaksanaan aktiviti.
Visi
Visi Hospital Selayang dijadikan sasaran perkhidmatan iaitu:-
Ke arah institusi perubatan terbilang di dunia.
Misi
Sekretariat Kualiti menggunapakai misi Hospital Selayang dalam memberi perkhidmatan.
- Mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan secara komprehensif, efisien dan efektif, selamat dan berkualiti, mesra dan penyayang.
- Mempertingkat pembangunan warga kerja yang profesional dan kompeten, berpengetahuan dan berkemahiran, berdisiplin dan beretika, berintegriti, inovatif dan kreatif.
- Mempertingkat kerjasama dan jaringan mempromosi kesihatan.
Objektif
- Memperkukuh dan mematuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa sistem jagaan kesihatan.
- Memperkukuh program pembangunan profesional dan pendidikan berterusan.
- Memperkukuh budaya penyelidikan ke arah peningkatan kualiti sistem jagaan kesihatan.
- Memperkukuh persekitaran penempatan sejahtera.
2 kumpulan KIK iaitu Kumpulan KIK Jabatan Farmasi telah menang Johan pertandingan Karnival Inovasi Peringkat Negeri 2013 manakala Kumpulan KIK dari Jabatan ORL telah mendapat tempat Ketiga semasa pertandingan Karnival Inovasi Peringkat Negeri 2013 .
Tahun 2014
Satu Kumpulan KIK telah berjaya mendapat naib johan semasa pertandingan Karnival Inovasi anjuran oleh JKNS yang diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda,Seksyen.13, Shah Alam pada 4-5 Nov 2014.
i. Berjaya melaksanakan kursus Budaya Korporat sebanyak 2 kali, kursus Soft Skill 2 kali pada tahun 2014. Berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Program Perubatan JKNS.
ii. Telah melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan iaitu 2 kali bagi Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran dan 1 kali Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman.
Tahun 2015
Satu Kumpulan KIK telah berjaya mendapat naib johan semasa Konvensyen KIK KKM di peringkat Kebangsaan pada 24-27 Ogos 2015 di Bayou Lagoon Melaka.
i. Berjaya melaksanakan kursus TOT bagi Budaya Korporat dan Soft Skill pada tahun ini .
AKTIVITI –AKTIVITI 2015
Bengkel KIK :- 1-2 / 9/2015
KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015
24-27/8/2015 BAYOU LAGOON RESORT MELAKA
MAJLIS PELANCARAN MODUL BUDAYA KORPORAT JKNS - 7/9/2015